in

[TERKINI] Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia

Page Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 10 Jun, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara pihak Mahkamah.


Keputusan ini dibuat selepas mencapai kesepakatan dari pembentangan Laporan Kajian Hukum Garisan Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 8 Jun 2022.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

“Penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan tentang cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.” – Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi

Malah, kerajaan juga menerima dan sedia maklum dengan syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang turut dijelaskan dalam laporan kajian yang dibentangkan.

“Akan ada perbincangan sambungan”

Malah kajian lanjut juga akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan juga barisan Kementerian atau Jabatan berkepentingan.

Tegas Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi, tindakan ini sangat relevan untuk memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan turut mengambil kira prinsip perlembagaan dan perkadaran dari mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.

“Keputusan ini jelas menunjukkan keutamaan kerajaan untuk pastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekaligus mencerminkan ketelusan kepada barisan kepimpinan negara ini dalam menambahbaik sistem keadilan jenayah negara.” – Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi

Pelaksanaan yang berkaitan dengan hala tuju sistem keadilan dalam jenayah di Malaysia akan dikaji dengan lebih telus oleh kerajaan seperti pewujudan prosedur pra-penghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman, pembangunan Garis Panduan Penghukuman dan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang serta pelaksanaan hukuman yang berdasarkan restorative justice.

Baca: Kajian PPIM: Majoriti Minta Ban Alkohol, Karaoke & Penjualan Air Manis, Bukan Rokok & Vape Sahaja

Penjara

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.