in

[TERKINI] Isu Pencemaran Air Di Selangor, Jangka Beroperasi 2 Jam & Pulih Sepenuhnya Esok

Cc 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan berita yang mengejutkan tentang pencemaran sumber air mentah di Rantau Panjang, Klang pagi tadi, empat loji rawatan air (LRA) iaitu di LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2, Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang telah ditutup.


Terbaru, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, LRA itu akan beroperasi semula dalam tempoh dua jam. Tambah beliau, gangguan bekalan air di tujuh kawasan di Lembah Klang itu juga tidak akan berlanjutan lama.

“Berdasarkan maklumat terkini di LRA, kita menjangkakan ia mampu beroperasi semula antara sejam atau dua jam lagi.”

C 15

Dimakluman bahawa, bacaan ujian bau yang dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang pada jam 12.30 tengah malam tadi adalah 1 TON (ukuran kadar bau), manakala bacaan kadar bau di muka sauk LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 3 TON.

“Ketika ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi lain yang melakukan siasatan sudah mendapatkan sampel air tercemar dan menghantarnya ke makmal untuk kita mengenal pasti punca pencemaran bau ini,”

C1 12

Sekiranya keempat-empat LRA itu boleh beroperasi semula dalam tempoh yang dijangka, beliau yakin bekalan air kepada hampir lima juta pengguna dijangka pulih dalam tempoh 24 jam, lapor Berita Harian.

 

Baca: “Setiap minggu ada saja masalah air” – Lagi Kes Pencemaran Air di Sungai Selangor, 1,292 Kawasan Terjejas Bekalan Air

Masalah Air Selangor

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.