Menurut Bernama, gaji seluruh menteri kabinet akan dipotong selama 2 bulan dan akan disalurkan terus ke tabung Covid-19.
Keputusan ini dimaklumkan sewaktu mesyuarat kabinet pada 25 Mac, semalam.
Langkah ini membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam membantu mereka yang terkesan akibat wabak ini.
Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas.
Sehingga kini, jumlah kutipan sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.
Baca : [TERKINI] Tan Sri Muhyiddin Bakal Umum Barisan Kabinet 5 Petang Ini