in

TERKINI: Enam Tertuduh Kes Bunuh Kevin Morais Dijatuhi Hukuman Mati

Kevin Morais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi KL telah menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais pada 2015.


Enam tertuduh tersebut adalah Kunaseegaran, 57, S Ravichandran, 49, R Dinishwaran, 28, AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27. Mereka didakwa membunuh Kevin ketika beliau dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Kevin1 1

Menurut Bernama, keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah selepas keenam-enam mereka didapati bersalah kerana mempunyai niat bersama untuk membunuh Kevin Morais.

Beliau berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah atas pertuduhan membunuh dengan niat oleh Kunaseegaran dan lima lagi.

“Pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh sebelum ini juga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.”

Dengan ini, keenam-enam kamu dengan niat bersama didapati bersalah dan dengan ini dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dengan ini keenam-enam kamu dihukum gantung di leher sehingga mati.”

Kevin2

Kevin3

Untuk baca kisah-kisah liputan tentang kes kematian dan perbicaraan kes bunuh Kevin Morais, boleh taip keyword ‘Kevin Morais’ di website Lobak Merah.

Baca: Rakyat Jangan Terburu-buru Desak Pemandu Mabuk Dikenakan Hukuman Mati – Menteri Pengangkutan

Feat 16

Sumber: NST
Sumber: The Star
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.