Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 3,027 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 125,438 setakat 12 tengah hari tadi.
Untuk pengetahuan korang, dari 3,027 kes positif baharu hari ini, 3,021 adalah kes tempatan dan 6 daripadanya adalah kes import.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 25,221 kes.
Manakala seramai 142 pesakit berada dalam ICU dan 63 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 8 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 521 kes.
Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,145 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 102,723 kes.
Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 1,741 Kes Positif Baharu & 7 Kematian Dilaporkan Hari Ini