Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memenangi undi percaya di Dewan Rakyat di sini. Ia diluluskan melalui undian suara. Terdahulu, usul itu dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Selepas dilantik ke jawatan tertinggi, Anwar telah berikrar untuk membentangkan usul percaya di Dewan Rakyat bagi membuktikan majoritinya di Parlimen.
Keputusan itu telah diumumkan Speaker Datuk Johari Abdul, selepas usul itu selesai digulung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina berkata, seramai 13 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan, dan rata-rata daripadanya bangkit tentang kandungan Perjanjian Persefahaman antara Gabungan Kerajaan Perpaduan.
Baca : DS Ismail Sabri Nafi ‘Songlap’ RM620 Bilion Masa Jadi Perdana Menteri