Biarpun persoalan mengenai Perdana Menteri ke-10 sudah terjawab, kemelut politik di mata rakyat dilihat masih berlarutan sehingga timbulnya desas-desus mengenai pemimpin yang sebelum ini.
Ada individu mendakwa bahawa ada sejumlah wang yang bernilai besar iaitu RM620 billion tidak direkod dalam Akaun Perbendaharaan untuk 2020-2022 semasa PKP dan Darurat.
Maka dengan dakwaan tersebut, ada yang mengatakan sebab itulah bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan ke-9 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Ismail Yaakob tidak mahu orang lain jadi Perdana Menteri..betul atau tak, wallahualam
Tidak benar
Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri menerusi Facebook miliknya tampil menjawab keterangan sebenar untuk menepis dakwaan tersebut.
Tegasnya, ia adalah satu dakwaan yang tidak benar kerana kesemua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.
“Nilai keseluruhan 8 pakej rangsangan adalah RM530 bilion di mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan Kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).”
Tambahnya lagi, perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telahpun diluluskan Parlimen sebulat suara.
Baca : Tinjauan: Ismail Sabri Pilihan Popular Pengundi Sebagai PM Untuk PRU15?