in

Terkejut Jumpa ‘Pelanduk Dua Serupa’, Ini Rupanya Kisah Penuh Kembar Tertukar Di Hospital 20 Tahun Lepas!

Adryani Iwani Ibeni Yanin 20 Kiri Bersama Adryana Iwani 20 Tengah Dan Noratirah Husin Bernama 672X420 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita bayi tertukar di salah sebuah hospital swasta di Shah Alam namun bernasib baik selepas salah seorang ibu tersedar yang tag di kaki bayi bukan namanya dan dapat menukarnya semula.



Tapi bagi dua keluarga dari Kelantan ini, ia ibarat drama di TV bila menyedari selepas 20 tahun, anak yang dipelihara mereka rupanya bukan anak kandung seperti yang disangka.

Dipercayai, insiden ini berlaku akibat kecuaian salah seorang pekerja di hospital Kota Bharu bila tiga bayi perempuan lahir pada hari dan waktu berdekatan.

Selama hampir 20 tahun, Adryani Iwani dan Adryana Iwani membesar sebagai kembar tak seiras tanpa menyedari yang dorang sebenarnya bukan adik beradik kandung dan kembar sebenar Noratirah pula dibesarkan oleh keluarga lain.

Perkara ini disahkan selepas ujian DNA dijalankan oleh kedua-dua kembar seiras ini pada September tahun lepas.

Menurut Awani, Adryani Iwani menceritakan perkara ini mula menjadi tanda tanya selepas dia menghadiri kem motivasi ketika dia berada di Tingkatan 4 dan berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan mereka, Noratirah.

Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.

Apabila saya memaklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa.”

“Eh betullah ada orang muka serupa dengan saya”

Adryani Iwani Ibeni Yanin 20 Kiri Bersama Adryana Iwani 20 Tengah Dan Noratirah Husin Bernama 672X420 1

Namun ia tak terhenti setakat itu, pada Mac 2019, kembar seiras ini akhirnya bertemu muka buat pertama kali di sebuah pasar raya di Kota Bharu dan terkejut bila melihat persamaan yang ketara antara mereka.

Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian.”

Kerana terkejut, Adryani Iwani dan Noratirah tak menyapa satu sama lain dan hanya berlalu tapi ia disedari rakan-rakan yang lain.

Pada Ogos tahun lepas pula, seorang rakan memberitahu Adryani Iwani yang tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik sambutan majlis hari jadinya di Instagram.

Noratirah kemudiannya menghubunginya di Instagram dan mula berbincang tentang persamaan yang terlalu banyak antara mereka hingga mereka ambil keputusan untuk membuat ujian DNA.

Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami.”

“Mama terduduk dan menangis”

Adryani Iwani menjelaskan, ujian DNA telah dilakukan dengan menggunakan sampel darah melibatkan dirinya, ibunya Siti Aminah, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.

Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis setelah mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.

“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (telah meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu telah membesarkan Noratirah.”

Dikatakan, doktor yang bertugas melahirkan kembar ini tak pernah memaklumkan kepada ibu mereka sama ada anak yang dia lahirkan ketika itu kembar seiras atau pun tidak.

Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras.”

Berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani pada pukul 1.27 pagi dan Adryani Iwani pada pukul 1.34 pagi.

Keputusan DNA beri kesan besar kepada dua keluarga

Apabila keputusan DNA diketahui, perkara tersebut telah dirahsiakan kerana risau dengan kesan psikologi terutamanya kepada Adryana Iwani.

Walaupun keputusan DNA jelas menunjukkan Adryana Iwani bukan anak kandung keluarganya, mereka tetap menganggap Adryana Iwani sebagai keluarga dan memintanya untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain telah pun berkahwin.

Malah perkara ini juga turut memberi kesan mendalam terhadap Noratirah lebih-lebih lagi selepas ‘ayah’ yang membesarkannya selama ini telah jatuh sakit selepas dapat tahu keputusan DNA mengesahkan anak bongsu kesayangannya ini bukan anak kandungnya.

Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya.

“Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, arwah mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering kali termenung.

“Pada sekitar September tahun lepas ketika di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada mama (ibu kandung Siti Aminah Ismail) yang memaklum hal keputusan ini (DNA), jadi saya buka pembesar suara telefon supaya adik-beradik lain dan arwah ayah (Husin) pun dapat dengar apa yang mama ingin sampaikan.”

Noratirah turut berkata arwah ayahnya kerap menangis dan sering mengadu sakit dada selepas dimaklumkan tentang keputusan DNA kerana bimbang melepaskan anak bongsunya yang tak pernah berpisah dengan keluarga.

Tak cukup dengan itu, arwah Husin turut menyatakan rasa terkilan kerana Noratirah tak dapat berjumpa dengan bapa kandungnya yang meninggal pada tahun 2009 begitu juga dengan Adryana Iwani yang tak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya Rahmah Isa yang meninggal pada tahun 2018.

Noratirah kini tinggal bersama ibu kandungnya selepas ayahnya Husin meninggal dunia kerana adik-beradik lain sudah berkeluarga.

Walaupun saya telah tinggal dengan mama, tapi kami adik-beradik sebelah ayah (Husin) tetap berhubung, kalau ada masa hujung minggu akan berkumpul di rumah ayah, tapi disebabkan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kini, kami bertanya khabar antara satu sama lain melalui telefon sahaja.”

Manakala Adryana Iwani turut bersedih kerana hanya sempat mengenali ayah kandungnya dua bulan sebelum meninggal dunia.

Sudah pasti saya sedih, tahu-tahu kita ada keluarga lain selepas 19 tahun terpisah, lagi sedih saya tak pernah jumpa dan mendapat kebahagiaan daripada ibu kandung sendiri. Disebabkan salah orang lain, kami yang menanggung derita.”

Hospital bakal siasat kes kembar seiras tertukar

Sementara itu, Bernama melaporkan Hospital Raja Perempuan Zainab II akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan ini.

Secara asasnya fail pesakit khususnya melibatkan pediatrik ini disimpan selama 21 tahun, tetapi kita tahu HRPZ II ini telah terlibat dalam banjir besar pada 2004 dan 2014, pada 2014 hampir 300,000 dokumen kita telah ditenggelami banjir dan telah dilupuskan.

Bagaimanapun, pihak saya akan cuba mencari dokumen berkaitan sekarang, sudah tentu kita akan menyiasat perkara ini sepertimana yang diberitahu oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (Datuk Dr Zaini Hussin) semalam.”

Manakala mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad mengatakan yang Noratirah dan Adryana Iwani perlu menukar nama dan berbintikan bapa kandung masing-masing.

Wajib untuk seorang anak ambil nama bapa kandung mereka. Anak tak boleh sewenang-wenangnya ambil nama bapa angkat. Kerana ia ‘haram’ jika dibuat secara sengaja, tapi kes ini, Allah maafkan.

Jika Jabatan Pendaftaran Negara mengatakan nama bapa tak boleh ditukar tak apa, tapi patut merekodkan yang anak tersebut adalah anak angkat.

Jika tidak, anak ini tak boleh menuntut harta di mahkamah.”

Allahu sedih betul…

Sumber: Awani, FMT, Bernama

 

Baca: Ibu Bayi Kembar 10 Didakwa ‘Palsukan’ Kelahiran, Jabatan Kesihatan Dakwa Bayi-Bayi ‘Tidak Pernah Wujud’?

Screenshot 2021 06 28 At 4.59.39 Pm

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.