in

“Terjongket semacam…” – Lelaki Kantoi Sorok Dadah Berharga RM130,000 Dalam Rambut Palsu

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin tak tahulah nak buat reaksi macam mana bila baca pasal kes ni. Nak tergelak pun ada jugak…


Seorang lelaki telah ditahan lepas cuba sorokkan setengah kilo kokain dalam rambut palsunya di airport Barcelona hari ini.

Menurut MetroUK, polis Sepanyol telah melihat seorang lelaki turun dari kapal terbang kelihatan pelik dengan rambut terjongket dan muka kelihatan agak ‘cuak’.

Pri 76103631 E1563282999457

Bila dorang tahan, pihak polis menemui satu bungkusan di atas kepalanya yang mengandungi kokain bernilai lebih kurang £27,000 (RM130,000).

Kalau korang nak tahu, dia tape-kan dadah tersebut di atas kepalanya sebelum meletakkan rambut palsu yang dipanggil toupee ni untuk menutup dadah tersebut. Macam mana dia boleh ingat dia lepas buat benda ni? How? Howwwwww

Pri 76103626 E1563282944692

Pihak polis telah kongsikan gambar seorang lelaki pertengahan usia itu memakai rambut palsu tersebut bersama dadah di atas kepalanya.

Kenapalah susah payah cuba nak seludup dadah dengan cara paling obvious macam ni? Ke dia memang teringin nak kena tangkap?

 

Baca: “Nsb baik, klu kat sini mmg ke tali gantung” – Pramugara Malaysia Dipenjara 5 Tahun Kerana Seludup Heroin Ke Melbourne

Screenshot 2019 07 17 At 11.42.23 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.