in

Teringin Menginap di Rumah Ala Hobbit? Jom Ke Hotel di Cameron Highlands Ni!

Planters1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tinggal di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur memang seronok kan? Ada tempat membeli-belah yang menarik seperti Mid Valley Megamall, Suria KLCC, Pavillion dan macam-macam lagi. Dalam banyak-banyak tempat membeli belah di Kuala Lumpur, mesti ada banyak lagi yang anda belum jelajahi. Tapi takkan anda luangkan masa hujung minggu dengan melawat semua pusat beli belah yang ada di KL saja kan?

Apa kata kalau cuti panjang yang akan datang nanti anda tenangkan fikiran ke Planter’s Country Hotel yang terletak di Cameron Highlands! Tidak jauh pun dari Kuala Lumpur dan anda pasti terpesona melihat keunikan hotelnya yang ala-ala rumah Hobbit. Wow! 


Planters Country Hotel Tanah Rata
sumber: cameron highlands
Image 4
sumber: planter’s country hotel

Planter’s Country Hotel yang asalnya dikenali sebagai Bala’s Holiday Chalet ini terletak di Tanah Rata dan merupakan antara bangunan tinggalan kolonial semasa era sebelum perang lagi. Ia dahulunya pernah menjadi sekolah berasrama pada tahun 1934 untuk anak-anak ekspatriat Eropah. Beberapa tahun berlalu, sekolah tersebut ditutup dan telah dibeli oleh pemiliknya kini, K. Balakrishnan yang merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan.

K. Balakrishnan telah mengubah sekolah itu menjadi sebuah rumah tetamu dengan masih mengekalkan konsep Tudor yang sebelumnya. Kini, Planter’s Country Hotel sering dikunjungi tetamu yang gemarkan suasana sejuk, kehijauan dan percutian kawasan pergunungan yang jauh daripada hiruk pikuk bandar.

27657389 873250492883399 3981553275503069183 N
sumber: facebook
Image 5
sumber: planter’s country hotel

Anda boleh memilih untuk tinggal di bilik yang mana ia berhadapan dengan permandangan matahari terbit dan terbenam. Bagi mereka yang sukakan minuman teh dan scones, pengunjung boleh nikmatinya di British India Restaurant dan Rajah Brooke Tea Room yang unik. Betul-betul feeling macam orang Inggeris dah ni! 

Planters Country Hotel Reception
sumber: planter’s country hotel
Planters Country Hotel Restaurant
sumber: planter’s country hotel
Planters Country Hotel Lobby
sumber: planter’s country hotel

Dengan menyediakan 35 buah bilik, rate untuk bilik superiordeluxe dan The Raffles Suite (khas buat pasangan berbulan madu) adalah antara RM140 ke RM250 per malam. Manakala bagi bilik bersaiz besar buat kumpulan keluarga, kadar harga antara RM300 ke RM450 per malam bergantung kepada jumlah penghuni. Berbaloi jugalah bagi mereka yang teringin nak rasa hidup di zaman kolonial. 

Planters Country Hotel Family2
sumber: planter’s country hotel
Planters Country Hotel Raffles Suite1
sumber: planter’s country hotel

Bagi anda yang bercadang untuk bercuti ke sana, cepat-cepatlah buat tempahan di sini. Bagaikan bercuti di luar negara tau! 

Baca: 9 Tree House di Malaysia Ini Akan Beri Anda Pengalaman Percutian yang Unik! 

Treehouse

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.