in

“Terima macam-macam ugutan” – Karakter Sebenar ‘Martha’ Dalam Siri ‘Baby Reindeer’ Nak Saman Netflix?

Syaz Ft 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat ‘kaki’ Netflix, pasti tahu akan kewujudan siri terbaru dari London, United Kingdom (UK) berjudul Baby Reindeer.


Siri yang mengisahkan drama-thriller yang ditulis dan dibintangi oleh Richard Gadd, ia merupakan adaptasi daripada pengalamannya sendiri yang diintip (stalk) dan diserang secara seksual ketika dia berusia 20-an.

Artikel berkaitan: “Ipohflix?” –  Datuk Bandar Ipoh Umum Bakal Bangunkan Aplikasi Penstriman Seperti Netflix

Artikel berkaitan: Kes Penculikan Traumatik Denise Huskins Disebalik Dokumentari Terbaru Netflix, ‘American Nightmare’

Dalam siri 7 episod itu, watak Martha yang mengintip Donny Dunn itu merupakan seorang bekas peguam dan mempunyai karakter yang sangat  tidak boleh dijangka.

Mv5Bzmq0Nde5Njytmgu4Os00Ngmwlwjmogytzjvmytfhmza3Zgq2Xkeyxkfqcgdeqxvymdc5Odizmw@@. V1

Pun begitu, menurut laporan Mirror, wanita yang didakwa menjadi inspirasi untuk watak stalker itu telah mengugut untuk menyaman Netflix susulan siri itu menduduki carta tertinggi dalam laman penstriman itu di seluruh dunia.

Dia dilaporkan sedia untuk menentang undang-undang dengan laman penstriman itu dan bersedia untuk mewakili dirinya sendiri kerana dia mengakui dirinya sebagai ‘peguam yang sangat cekap’.

Ramai netizen dikatakan sudah mengenal pasti wanita sebenar di sebalik watak ‘Martha’ selepas beberapa hari siri itu disiarkan di Netflix pada awal bulan ini, namun pencipta serta pelakon utama siri itu, Richard Gadd merayu penonton supaya tidak berbuat demikian.

Korang dah tengok ke siri ni? Seram tau!

Sumber: Mirror

Sumber: imdb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.