Setelah lebih 1 tahun menyertai Suria FM, pelawak dan penyampai radio, Shuib menamatkan perkhidmatan bersama stesen radio berkenaan berkuat kuasa 4 Disember 2023 (Isnin).
Menurut sebuah posting video yang dimuatnaik oleh Suria FM baru-baru ini, Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abd Majid atau lebih mesra dengan panggilan DJ Lin tersebut memberitahu bahawa Shuib ingin memfokuskan kepada perniagaannya.
Dalam masa yang sama, DJ Lin sempat menitipkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang terjalin selama hampir dua tahun itu.
View this post on Instagram
DJ Lin menyifatkan kerjasama antara stesen radio berkenaan dengan Shuib sebagai tempoh yang sangat bermakna kerana dapat berkerjasama dengan satu figura yang hebat dan sangat merendah diri.
Pun begitu, menurut DJ Lin lagi, ia bukan bermakna kerjasama antara stesyen tersebut dengan Shuib terhenti kerana beliau berharap agar kerjasama strategik bersama pelawak tersebut dapat diteruskan.
Artikel berkaitan : Dituduh Bermewah, Shuib Dedah Bubble Bee ‘Bergerak’ Guna Wang Hasil Pendapatan Lain
Artikel berkaitan : “Orang mula nak tokok tambah” – Isu ‘Sangkut’ Bayar KWSP Pekerja, Shuib Pelik Dituduh Bermewah
Untuk info, Shuib diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM pada 27 Ogos 2022 dan dia mengendalikan segmen Morning-Morning Suria bersama Ajak dan juga Suraya Borhan.
Sementara itu, nama penyampai baharu yang bakal menggantikan Shuib akan diumumkan oleh Suria FM dalam masa terdekat.
Apa-apa pun, min nak ucapkan selamat maju jaya pada Shuib!
Sumber : Instagram