in

“Terima kasih Tuanku” – Netizen Gembira Cuti Ulang Tahun Hari Keputeraan Agong Dipinda Ke Hari Isnin 8 Jun

Feature 4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang menggembirakan rakyat Malaysia ialah cuti umum atau cuti kelepasan am. Cuti seperti ini semestinya akan dimanfaatkan oleh semua individu sama ada untuk berehat atau bersosial bersama keluarga.

Siapa je tak suka, tak payah pergi kerja weh. 


Agong

Sekarang ini ada berita gembira untuk semua sebab menurut Bernama, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada bulan Jun nanti telah dipinda ke 8 Jun iaitu pada hari Isnin daripada 6 Jun iaitu hari Sabtu seperti yang telah dipersetujui oleh pihak kerajaan. Jadi, kita dapat cuti extra! 

Selain itu, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga dipinda pada setiap Isnin pertama bulan Jun setiap tahun sepanjang tempoh pemerintahan baginda mulai tahun hadapan.

Agong Dan Permaisuri

Wow, negeri-negeri yang terlibat boleh cuti hujung minggu tiga hari lah nampaknya. 

Rata-rata netizen menyambut baik pindaan cuti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuanku!

Cuti Fb

Junjung kasih Tuanku. 

 

Baca: “MasyaAllah baiknya hati Tuanku” – YDP Agong Tarik Perhatian Netizen Lagi, Kali Ini Cemar Duli Bantu Mangsa Kemalangan Di Putrajaya 

Agong Prihatin

 

Sumber: Bernama
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.