in

“Terima kasih orang baik” – Netizen Puji Wanita Ini Beri Makanan Kepada Anjing Jalanan

Anjing 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang pernah nampak kucing ataupun anjing terbiar mencari makanan sendiri di jalanan? Kadang-kadang kesian bila tengok mereka struggle mencari makanan dekat tempat parking, tong sampah dan sebagainya.

Namun begitu, sikap seorang TikToker ini patut dipuji apabila dia memberi makanan kepada seekor anjing jalanan.


@yayazoren

Kesian diaa , Tak kacau orang perhati je dari jauh 😣 Alololo syggggg sian dia tu #dog #dogeating

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Bagi makan walaupun takut

Bercakap kepada Lobak Merah, pengguna TikTok yang bernama Yaya ini pada mulanya sedang makan di kedai mamak sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Tiba-tiba, ada seekor anjing jalanan duduk di antara dua buah kereta sambil memerhatikannya makan di kedai itu.

Dalam video itu, Yaya berkata anjing tersebut seperti takut dengan orang dan atas dasar ihsan terhadap binatang, dia memberi secubit roti yang dimakannya kepada anjing itu walaupun dirinya juga takut kepada anjing.

Sebenarnya saya takut anjing. Tapi sebabkan dia perhati je dari jauh, atas rasa ihsan saya bagi apa yang saya makan dulu, saya bagi roti. Waktu nak bagi tu pon saya minta maaf terpaksa campak sebab takut.

Artikel berkaitan: Anjing Peliharaan Dipuji, Terima Parcel Bagi Pihak Tuan Ketika Tiada Orang Di Rumah

Artikel berkaitan: “Aduh, Kesiannya Menangis Tahan Sakit” –  Anjing Jalanan Menderita Sakit Sendi Disebabkan Obesiti

Beli makanan untuk anjing

Melihat anjing tersebut jinak, Yaya terus membeli makanan yang sesuai untuk diberi kepada haiwan tersebut. Dia meletakkan makanan itu di atas kaki lima jalan.

Tapi, lepas saya tengok dia macam jinak saya terus belikan makanan yang sesuai untuknya.

Namun begitu, Yaya mengakui kesilapannya meletakkan makanan itu di atas jalan kerana ini adalah pengalaman pertamanya berhadapan dengan situasi itu. Selepas ini, dia akan lebih alert apabila hendak memberi makan haiwan jalanan.

Saya minta maaf sebab tak alas makanan dia dulu sebab first time saya bagi makan anjing, lepas ni saya lebih alert.

Setelah makanan itu habis dimakan, Yaya ingin beredar dari tempat tersebut tetapi anjing itu mencarinya semula di tempat parking.

Saya nak balik dah time tu, tapi dia dah kenal saya mungkin tu datang balik.

Yaya menjelaskan dia telah mengambil semula dan buang plastik makanan tersebut setelah anjing itu beredar. Dia juga meminta orang ramai agar mendoakannya dapat bertemu semula dengan anjing tersebut.

Anjing 4

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memuji Yaya kerana bersikap prihatin terhadap haiwan jalanan.

Anjing 1 Anjing 2 Anjing 3

Sumber: TikTok

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.