in

“Terima kasih BTS Army Malaysia” – Sumbangan Peminat BTS Manfaatkan 600 Keluarga

Cats 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama BTS Army sekali lagi menjadi perhatian dan kali ini ianya bukanlah sesuatu yang negatif tetapi disebabkan usaha yang berjaya mereka lakukan bagi membantu dan menyampaikan sumbangan yang telah memanfaatkan 600 buah keluarga di Kedah dan Terengganu.


Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di oleh Pertubuhan Imaan Malaysia di Twitter, difahamkan kumpulan peminat BTS di Malaysia yang dikenali sebagai ARMY Malaysia tersebut telah memberikan sumbangan sebanyak 650 kilo kentang, 653 bawang merah dan 197 bungkus mee.

Difahamkan, mereka berjaya mengutip sejumlah RM4,800 dalam projek bulanan yang dianjurkan oleh ‘Purple Project’, menerusi projek ‘Sedekah Kurban’.

E6P8Kpyvgau5Dil Horz

Kepada ARMY Malaysia, kita berjaya kumpulkan RM4.8 ribu dalam projek Sedekah Kurban, sumbangan ini dapat membantu 600 buah keluarga diluar sana.

Menerusi penjelasan yang diberikan di akaun tersebut, jumlah kutipan adalah melebihi jangkaan awal, jadi mereka telah membahagikan sumbangan tersebut kepada dua bahagian. Pertubuhan Imaan Malaysia Kedah, dan Terengganu.

Menariknya, jumlah tersebut berjaya dikumpulkan dalam masa dua hari selepas ianya dimulakan oleh pemilik akaun berkenaan.

Tahniah BTS Army Malaysia, diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini setidaknya dapat menepis persepsi negatif masyarakat yang wujud keatas peminat-peminat kumpulan KPOP yang ada di Malaysia ni.

Baca : Kuasa ARMY! BTS Menang Undian Muncul Di ‘Final’ Euro 2020, Tapi Ramai Yang Bantah?

Capture 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.