in

“Terima kasih benarkan saya tinggal di sini”

Z 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah terkenal dari India yang aktif memberikan ceramah di seluruh dunia. Mendapat pendidikan rasmi dalam bidang perubatan dan pembedahan di India, Zakir jadi individu yang dikehendaki lepas didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka dan kes pengubahan wang haram.


Menurut Malaysiakini, kerajaan India telah membatalkan pasportnya setelah Zakir tidak mengendahkan permintaan untuk hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan. India juga telah membuat permohonan ekstradisi rasmi membawa Zakir pulang untuk disiasat.

Dr Zakir Naik
sumber: blog

Pun begitu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk menghantar Zakir pulang selagi dia tidak mencetuskan sebarang masalah kepada negara ini.

Atas sebab tu, tokoh Islam terkemuka dunia itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Tun M kerana membenarkannya tinggal di Malaysia. Zakir yang bertaraf kerakyatan penduduk tetap (PR) di negara ini bersyukur isunya diteliti dengan perspektif yang tidak bias.

Z
sumber: malaysiakini

Pakar bedah itu juga berikrar untuk menjaga keharmonian di negara ini dan tidak akan melanggar undang-undang seperti yang disuarakan Tun M.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Tun Mahathir atas kebenaran saya tinggal di sini selagi saya patuhi undang-undang negara ini.”

“Saya merasa rendah hati menjadi sebahagian daripada kepelbagaian kaum di negara ini.”

Zakir meninggalkan India sejak tahun 2016 selepas didakwa terbabit mempromosikan keganasan. Namun dia menafikan sebarang penglibatan dengan segala aktiviti yang didakwa ke atas dirinya.

“Pemerhati akan sedar, sepanjang 25 tahun saya beri kuliah tentang Islam dan keamanan, saya tidak pernah promosi keganasan atas nama Islam atau sebaliknya.”

Semoga kes ni akan dapat diselesaikan dengan telus tak lama lagi.

Baca: “Dr Maszlee dikatakan wahabi liberal pulak…”

Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.