Seorang anak tergamak mencuri wang simpanan ibu kandung sendiri di Thailand, lapor Nation Thailand.
Wang milik seorang warga emas yang dikenali sebagai Huai Sriwirat telah dicuri oleh anak perempuannya sendiri pada 2014. Difahamkan, jenayah itu dilakukan ketika ibunya yang kini berusia 83 tahun sedang terlantar sakit.
Pada November 2019, Huai telah memfailkan saman di mahkamah untuk menuntut haknya setelah wang simpanannya yang berjumlah lebih 250 juta Baht (kira-kira RM32 juta) dipindahkan keluar tanpa pengetahuannya oleh anak perempuannya iaitu Mawadee Sriwirat.
Mawadee juga dituduh telah memalsukan dokumen yang diperlukan untuk memindahkan wang milik ibunya itu.
Setelah kes dibicarakan di mahkamah, Mawadee dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahu dan dia turut didenda sebanyak 123 juta Baht kerana telah mencuri wang berkenaan.
Ketika ibunya sakit, Mawadee telah menukar syarat yang diwajibkan untuknya mengeluarkan wang ibunya di dua cawangan bak dengan bantuan staf bank.
Difahamkan juga, sepatutnya bank mewajibkan Huai untuk menurunkan tandatangan jika ingin mengeluarkan wang dengan jumlah yang banyak, namun memandangkan Mawadee tidak mendapat kebenaran ibunya untuk mengeluarkan wang tersebut, dia telah meminta staf bank untuk menukar syarat itu kepada menggunakan cap ibu jari sahaja.
Jadi, mungkin bila kena guna cap ibu jari, Mawadee telah menipu atau memanipulasi ibunya untuk dapatkan cap jari. Mungkin kalau nak tiru tandatangan ibunya, takut tak menjadi dan akan kantoi pulak kan.
Pihak mahkamah juga mengarahkannya untuk mengganti semula wang yang telah dicuri.
Manakala pihak bank pula telah diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak 44.6 juta Baht (kira-kira RM5.8 juta) kepada Huai selaku plaintiff dalam kes ini.
Sumber: Nation Thailand, Bangkok Post
Baca: Anda Jadi Mangsa Scam? Jangan Leka, Hubungi 997 SEGERA!