in

“Terciduk terok” – Pelajar Bawa ‘Toyol’ Jawab Final Exam, Sekali Kantoi Sebab Terselit Dalam Kertas Jawapan!

Jawab Exam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah pelajar universiti mempunyai tabiat buruk meniru dalam peperiksaan dengan membawa nota ringkas atau lebih sinonim dengan panggilan ‘toyol’.


Perkongsian seorang pelajar di Twitter baru-baru ini mendapat perhatian netizen kerana membabitkan peperiksaan dan ‘toyol’.

 

Kantoi bawak ‘toyol’ 

Melalui screenshot di posting itu, pensyarahnya telah menghantar emel kepada dia dan semua rakan sekelas selepas salah seorang daripada mereka kantoi membawa ‘toyol’ dalam dewan peperiksaan sewaktu menjawab soalan subjek Ekonomi Kejuruteraan..

Saya terjumpa nota dan formula yang kamu bawa ke dalam dewan peperiksaan. Saya akan tolak markah atau….”

Toyol1
sumber: twitter

 

Macam mana boleh kantoi? 

Mesti korang pelik macam mana pelajar berkenaan boleh kantoi bawa ‘toyol’ dalam dewan peperiksaan kan? Melalui posting yang sama, individu ini upload satu gambar dan rupa-rupanya pelajar tersebut tertinggal ‘toyol’ dia terselit di helaian kertas jawapan!

Toyol2
sumber: twitter

 

Ramai normalize bawa toyol?

Menurut pelajar ini, subjek itu memang agak rumit dan soalannya kadang kala di luar jangkaan tapi baginya tiada masalah kalau pelajar study awak-awal dan bersedia sebelum hari peperiksaan.

Dia juga meluahkan rasa kecewa apabila ramai netizen di Twitter yang dikatakan ‘normalize’ membawa nota ketika menjawab soalan peperiksaan.

Toyol3
sumber: twitter

Bagi saya, sekecil-kecil ujian atau kuiz pun janganlah meniru. Prinsip saya berpeganglah pada keberkatan. Jangan semata-mata harapkan keputusan yang cantik tapi tak berkat. Percaya dengan rezeki yang Tuhan dah tentukan.”

Korang pernah bawa ‘toyol’ masuk exam hall?

Baca: “BERDOSA. Stop it. Taubat!” – Pelajar Kantoi Tweet Benda Lucah, Kena Ceramah Dengan Mama Dekat Whatsapp

Kena Ceramah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.