in

“Terbiar gitu je” – [VIDEO] Seram! Pusat Jualan Wang Kelian Sunyi Sepi, Rupanya Ada Kisah…

Wang Kelian Kini Sunyi Terbiar Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbiar dan kelihatan sangat usang. Itulah yang dapat digambarkan mengenai keadaan terkini di arked jualan Wang Kelian, Perlis yang sunyi tanpa pengunjung.


Menerusi perkongsian video di TikTok @athirahsaad_, kawasan yang dahulunya meriah dengan penjual dan pengunjung yang berjual beli di tapak niaga tersebut kini kelihatan tak berpenghuni dan ditinggalkan.

@athirahsaad_

#ad Siapa tahu punca dia ditutup? share kat komen boleh? @Athirahsaad #perlis #wangkelian #misteri #abandonedplaces

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Sedih tengok tempat ni. Terbiar gitu ja, ada beberapa sebab la dia ditutup. Siapa dulu-dulu pernah datang sini?” tulis pemilik video.

“Siapa tahu punca ia ditutup?” 

Video berkenaan telah mengundang pertanyaan daripada netizen yang rata-rata pernah datang ke kawasan tersebut membeli barangan yang dijual dengan harga yang sangat murah. Siap ada yang bandingkan lagi Wang Kelian dengan Padang Besar tau! 

Pun begitu katanya terselit satu tragedi yang berlaku di kawasan berkenaan hingga menyebabkan ia ditutup dan kini tidak berpenghuni.

Kes Pelarian

Penemuan kubur besar dengan 139 mayat jadi punca

Menerusi perkongsian netizen di ruang komen dan juga hasil carian admin sendiri, rupa-rupanya pada April 2015 lalu kawasan ini ditutup selepas kerajaan mengumumkan penutupan Zon Aliran Bebas susulan penemuan kubur besar yang menempatkan 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia di kawasan itu. Erk!

15Hmkelian1 1557887430

Menurut laporan, tragedi itu juga telah menyebabkan Jabatan Imigresen membatalkan serta merta kemudahan pergerakan bebas ke pasar sempadan itu antara Malaysia dan Thailand.

Sebelum ini, penduduk kedua-dua negara boleh menikmati kemudahan sehingga 2km tanpa mengeluarkan pasport atau pas sempadan pada hari minggu yang pernah dikuatkuasakan sejak tahun 1993 hingga 2015.

563760

Walau bagaimanapun, dengarnya penduduk di kawasan Wang Kelian kini memohon untuk kerajaan membuka semula zon aliran perdagangan bebas agar penduduk tempatan boleh menambah pendapatan.

Apa-apapun diharapkan jika kawasan ini dibangunkan semula, kawalan keselamatan haruslah diperketatkan. Bimbang tragedi dahulu berulang kembali. 

Baca: Dah Ready Nak Bercuti? Kerajaan Thailand Rancang Buka Sempadan Malaysia-Thai Bulan Depan!

Fi Sempadan

Sumber: TikTok
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.