Selepas lebih 20 tahun terbengkalai dan tidak digunakan, Jambatan Monorel Putrajaya akhirnya akan dijadikan sebagai jambatan untuk kegunaan laluan basikal dan pejalan kaki.
Menurut laporan Berita RTM, jambatan monorel Putrajaya itu bakal mula digunakan sebagai laluan pejalan kaki dan basikal mulai awal tahun hadapan iaitu sekitar Januari 2026.
Inisiatif pemberian nafas baharu kepada jambatan monorel itu telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menerusi ucapan perasmian Karnival Putrajaya 2025 yang disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya.
Artikel Berkaitan: Merdeka 68 Tahun: Sejarah Terbentuknya Parlimen Malaysia, Simbol Demokrasi Negara
Artikel berkaitan: “Dari Merdeka hingga Malaysia Moden” – Ini 7 Ucapan Ikonik Pemimpin Yang Membentuk Negara Kita Hari Ini
Difahamkan, laluan itu akan dibentuk semula dengan memberikan nilai baharu kepada struktur sedia ada.
Diharapkan dengan pemberian nafas baharu ini, jambatan monorel yang terbengkalai lebih 20 tahun itu akan menjadi tumpuan pelancong di kawasan Putrajaya.
Sumber: Berita RTM