in

[TERBARU] Selepas Sabah, Sarawak Pula Akan Adakan Pilihan Raya Negeri

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, keputusan negeri Sabah untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dipersoal ramai ekoran kadar jangkitan Covid-19 masih lagi aktif dan banyak di negara ini.


Bagaimanapun, PRN Sabah berjaya dilaksanakan dengan kemenangan berpihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Terbaru, Sarawak mengumumkan akan tetap mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 meskipun umum mengetahui keadaan negara dalam keadaan kurang stabil ekoran jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

1 9

Pengumuman ini diumumkan sendiri oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini. Jelas beliau, PRN ke-12 akan tetap diteruskan selepas melihat kebolehan negeri Sarawak mengendalikan pandemik secara efektif dan bagus.

Sambung beliau lagi, urusan pilihan raya negeri adalah urusan dalaman dan tidak patut melibatkan campur tangan orang luar. Bagaimanapun, tarikh sebenar pilihan raya masih belum didedahkan oleh Ketua Menteri Sarawak itu.

Untuk rekod, mandat kerajaan negeri itu akan berakhir pada Jun 2021 dan apabila mencapai tempoh matang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara automatik akan dibubarkan.

 

Sumber: Awani

 

BACA: [TERKINI] Paling Tinggi! 869 Kes Positif Baru, 302 Kes Sembuh & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 6

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.