in

PKR Umum Altimet Bakal Bertanding Kerusi DUN Untuk PRN

1Altimet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh beberapa minggu lagi, 6 negeri di Semenanjung Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Tanggal 12 Ogos 2023 adaah tarikh keramat bagi parti-parti politik tanah air untuk menentukan siapakah yang akan menjawat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Justeru, beberapa parti politik telah mengumumkan calon mereka yang bakal bertanding bagi merebut kerusi untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Terkini, penyanyi rap tanah air, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet, telah menjadi taruhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi DUN Lembah Jaya.

Screenshot 2023 07 23 At 1.12.23 Pm

Memetik laporan Malaysia Kini, perkara itu diumumkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada majlis pengumuman calon parti itu di Padang MBSA, malam tadi.

Altimet diletakkan di DUN terbabit bagi menggantikan penyandangnya Haniza Mohamed Talha yang sebelum ini meninggalkan PKR untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada April tahun lalu Altimet telah menyertai PKR bersama rakan artis, Afdlin Shauki. Untuk rekod, Altimet mencipta sebuah lagu berjudul Aduh Malaysia yang menjadi siulan buat penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Screenshot 2023 07 23 At 1.13.11 Pm

Altimet mencipta lagu itu dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun dan dilancarkan sendiri di pentas politik pada program Rapat Mega PKR 2022 di Ampang.

Lagu itu kemudian menjadi tular sepanjang kempen PRU15 dan digunakan oleh pemimpin serta jentera PH untuk dijadikan sebagai bahan kempen.

Baca: “Hakmilik rakaman 100% pada saya” – Altimet Jawab Persoalan Netizen Isu Jumlah Bayaran Lagu ‘Hoi-hoi Ya Hoi’

Screenshot 2023 07 23 At 1.12.40 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.