Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) satu kluster baharu iaitu membabitkan enam pelajar Tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang telah disahkan positif Covid-19.
Meskipun madrasah tersebut sudahpun ditutup, pihak KKM mengesan masih ada beberapa pelajar dan kakitangan madrasah yang masih tinggal di situ.
“Di Lanchang, kita kesan ada tahfiz baharu dan enam daripada mereka disahkan positif, kita akan lihat sama ada dicadangkan untuk dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu atau hanya perlu tahfiz itu saja” – DG Noor Hisham
Tambah KKM lagi, PKPK akan dilaksanakan seperti di Madrasah Sungai Lui dan para pelajar serta kakitangan akan disaring terlebih dahulu sebelum dibenarkan bebas.
Bagi enam individu yang positif Covid-19 berkenaan, KKM akan mengesan kontak rapat mereka untuk dikuarantin terlebih dahulu.
Sumber: Harian Metro
BACA: Pelawak Ramal Ramai Wanita Akan Jadi Pelacur Lepas Covid-19 Berakhir