in

“Terasa sedih weh” – Lagu Raya Tokti Buat Netizen Kesat Air Mata Sebab Tak Dapat Balik Kampung Beraya

2Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan arahan yang tidak membenarkan untuk pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ini semua untuk kebaikan kita dari terkena pandemik Covid-19.


Dalam keadaan dan realiti yang tidak membenarkan kita balik kampung, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram beliau ada buat Live menyanyi lagu raya terkenal oleh beliau. Video Tokti menyanyi lagu Airmata Syawal tu korang boleh tengok kat tweet @IniAlannn kat bawah ni.

 

Sedih weh

Aduh, dalam keadan sekarang ni kena pulak lagu Tokti ni. Dah lah kena raya dekat perantauan. Sumpah sedih.

Screen Shot 2020 05 17 At 2.01.43 PmAdmin hampir menangis, tapi nasib baik Tokti tersedak anaconda kat hujung-hujung tu. Dari sedih terus tergelak.

Screen Shot 2020 05 17 At 2.02.16 PmSemua orang rasa macam tu. Bukan selalu kita dapat jumpa saudara mara kan. Raya je lah nak kumpul ramai-ramai pun. Tapi tahun ni tak bleh raya pulah. Huhuhu sedihhh.

Screen Shot 2020 05 17 At 2.03.24 PmSenang cerita semua sedih. Tapi takpe, semua ni untuk kebaikkan kita. Tahun depan kalau semuanya dah pulih, kita semua dapat raya dengan family masing-masing. Sabar ye semua. Kita harungi bersama!

 

Baca: “Lain macam vibe dia” – Netizen Terpegun Dengar Gubahan Terbaru Cindai Nyanyian Tokti

Screen Shot 2020 05 17 At 2.08.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.