in

“Tenang hadapi dugaan” – Orang Ramai Terpegun Tengok Reaksi Tenang Fikry Ibrahim Walau Salah Isi Minyak Kereta

Fikry Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang insan, kita tak boleh lari dari menerima dugaan hidup. Mungkin ada segelintir akan memberi reaksi yang keterlaluan apabila diduga dan tak kurang juga yang menerima dengan penuh redha dan tenang.

Begitulah yang terjadi kepada pelakon, Fikry Ibrahim. Dalam satu video di akaun TikTok miliknya, Fikry berkongsi pengalaman tersadai di stesen minyak selepas mengisi petrol ke dalam kereta enjin diesel miliknya. Korang boleh tengok video @afikryibrahim di bawah.


@afikryaibrahim

♬ original sound – Fikry Ibrahim – Fikry Ibrahim

Artikel berkaitan: “Nanti aku transfer kat hang” – [VIDEO] Buat ‘Prank’ Pinjam Duit, Tak Tanya Banyak Fikry Ibrahim Terus Nak Bagi RM29 Ribu

Artikel berkaitan: “Padam sajalah…” – Video Fikry Ibrahim Undang Kecaman Netizen, Dianggap Persendakan Agama?

Tenang hadapi dugaan

Dalam video ni, Fikry bagi tahu yang beliau dalam perjalanan ke Kedah dan sempat singgah di sebuah stesen minyak.

Walau bagaimanapun, akibat kepenatan, beliau telah salah mengisi petrol ke dalam keretanya. Nak buat macam mana kan, memang kena masuk bengkel terus lah ceritanya.

Screenshot 2024 04 28 at 1.41.30 PMUntuk korang yang tak tahu apa akan jadi kalau masukkan petrol ke dalam enjin diesel, ini ada Fikry bagi tahu. Memang kena hantar bengkel untuk pomen kosongkan tangki dan cuci mana patut. 

Screenshot 2024 04 28 at 1.41.54 PMBetul, niat baik nak balik kampung jaga ibu. Mungkin ada hikmah yang Tuhan nak bagi. Lebih baik jadi macam ni daripada jadi perkara buruk time memandu waktu penat. 

Screenshot 2024 04 28 at 1.42.16 PMItu lah, biasa staff yang tak buat salah yang kena marah. Bagus betul Fikry ni, kekal tenang walaupun di duga macam tu. 

Screenshot 2024 04 28 at 1.44.13 PMKita ni kalau penat, banyak benda kita terlupa atau tak buat. Yang penting pastikan cukup rehat sebelum berjalan jauh. Pesanan untuk semua dan min sendiri. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.