in

“Nanti aku transfer kat hang” – [VIDEO] Buat ‘Prank’ Pinjam Duit, Tak Tanya Banyak Fikry Ibrahim Terus Nak Bagi RM29 Ribu

Fikry Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua kawan akan tolong atau ada kekangan untuk bantu bila kita memerlukan, betul tak? Tak salahkan mereka pun sebab tak semua orang mampu tolong dari segi kewangan.


Tapi, siapa sangka hanya niat untuk membuat ‘prank’ Zulin Aziz terkejut apabila rakan baiknya, Fikry Ibrahim sanggup bagi pinjam duit berjumlah puluhun ribu!

Video dikongsi Zulin melalui Instagram baru-baru ini mendapat perhatian ramai netizen yang memuji sikap dan keikhlasan Fikry dalam membantu rakan baik.

Menerusi video itu, Zulin dilihat cuba hubungi Fikry dalam rancangan Trek Selebriti bersama pengacaranya Alif Farhan. Sebaik panggilan diangkat, Fikry minta dihubungi semula sebab dia nak mula mengaji dulu.

Zulin kemudan teruskan bercerita ‘kisah’ dia kena halau dengan tuan rumah sebab dah tiba bulan tak bayar sewa rumah. Walaupun malu tapi dia tak ada pilihan lain dan terpaksa tebalkan muka untuk pinjam dekat Fikry.

Sekali Fikry terus tanya berapa dan minta nombor akaun bank! Zulin sendiri pun ternganga terkejut tauuuu. Macam ni perbualan dorang berdua:

Fikry: Aku mengaji sat boleh? Sat lagi aku call hang balik.

Zulin: Ala kejap je, kejap je. Tuan rumah aku nak halau. Tiga bulan tak bayar sewa, PKP kan aku mana ada duit. Aku dah tak tahu nak pinjam dekat siapa aku stress gila. Tiga bulan Fikry, aku kena halau kot.

Fikry: Berapa duit hang perlukan?

Zulin: Sembilan ribu…

Fikry: Takpa la. Satgi hang bagi nombor akaun.

Lepas tu Zulin teruskan cakap kononnya dia nak teruskan rancangan dia sewa kedai untuk bisnes. Of course lah kena bayar deposit kan? Pun sama, Fikry boleh bagi je pinjam duit. Lagi banyak pulak tu!

Zulin: Ingat tak kedai dekat Damansara Perdana? Cina (pemilik) tu cakap dalam 20k.

Fikry: Hang nak pinjam duit lagi ke?

Zulin: Aku rasa macam segan tapi aku kena cakap. Aku nak berniaga.

Fikry: Takpa la, nanti aku transfer kat hang

Terkejut Zulin dengan Alif bila Fikry sanggup bantu kawan sampai RM29,000 macam tu je! Lagi terharu, Fikry siap kata dekat Zulin anggap je dia sedekah semua tu dekat Zulin. Sedekah tau bukan pinjam!

Takpa, takpa… Tu kira aku sedekah ja kat hang.”

View this post on Instagram

Rm29 k boleh shopping tak?? Tp seriously.. @fikryibrahim ni org yg sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia.Sembahyang,mengaji,jaga keluarga dia..anak yg baik. Haaa… dah puji ni.Bankin la betul2?. Ni kawan susah senang. Kita jangan ingat kawan bila susah je,bila senang hilang kemana.kita pun xkan tolong org tu sesuka hati. Berkawan dengan org baik2 tu pun rezeki. Ni pesanan jgk kat korang semua..walaupun kita tau dia baik hati,jgn pernah ambik kesempatan kat org tu. . . . #Repost @aliffarhan_jr ・・・ Beruntung dapat kawan cam @fikryibrahim , time member susah pun sanggup sedekah???? Korang jangan lupa layan Trek Selebriti Musim Terbaru bersama @zulinaziz dan hos @aliffarhan_jr ??? SETIAP RABU| 11.00PM | ASTRO RIA #trekselebriti

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Bila dah cakap macam tu, Zulin terus bagitau dia cuma prank je! Ramai netizen puji sikap Fikry yang sanggup tolong kawan dalam kesusahan sebanyak itu. Ada yang kata memang beruntung ada kawan macam ni yang tetap ada dengan kita waktu susah dan tidak berkira.

Bukan pasal amount duit tu yang penting. Ambil positif sikap sanggup bantu kawan instead of ‘lari’ bila ada kawan dalam kesusahan. Kalau korang ada kawan macam Fikry ni, jagalah persahabatan tu baik-baik. Susah nak cari kawan susah senang zaman sekarang…

Baca: “Asal mata aku berair?” – [Video] Ini ‘Respond’ Ayah Kilafairy Bila Tahu Anaknya Kini Berhijab

Untitled Design 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.