in

Tempahan Slot Vaksin Astrazaneca Untuk Individu 60 Tahun Kebawah Dibuka Esok

Kj3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka berumur bawah 60 tahun yang tinggal di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang , Johor, Kuching dan Miri Sarawak boleh mula tempah slot untuk menerima suntikan vaksin Astrazaneca mulai jam 12 tengah hari esok.


Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa bagi warga emas usia 60 ke atas pula sebanyak 228,347 slot ditempah sejak dibuka Ahad lepas.

 

Keutamaan diberikan kepada warga emas hari ini dan pagi esok.”

Khairy Jamaluddin berkata, jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu. Tambahnya,  angka itu membuktikan kadar vaksinasi negara telah mula mencatatkan peningkatan, lapor Astro Awani.

“Kadar vaksinasi negara telah mula mencecah 75,000 dos sehari dengan rekod tertinggi setakat ini pada 24 Mei iaitu sebanyak 95,000 dos sehari.”

Tambah beliau, jangkaan kadar ini akan meningkat agar dapat capai sasaran pada bulan Jun iaitu 150,000 dos sehari.

 

Baca : “Boleh tak nak post apa-apa pakai otak sikit?” – Mira Filzah Bagi Komen Pedas Isu Vaksin Konon Punca Kematian Pemanah Negara

Capture 67

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.