in

“Tekanan angin je tu” – Dakwa Ada Gangguan ‘Makhluk Lain’ Dalam Bilik AHU, Tapi Ramai Netizen Kata Itu Cuma ‘Air Pressure’

Featured Image Ahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni dah banyak kali warganet kongsi dekat laman media sosial mengenai pengalaman mereka yang diganggu makhluk ghaib sewaktu sedang bekerja.


Kadang-kadang tu, ada yang berani rakam sebab tak tahan kena ganggu. Kalau beruntung, kamera yang merakam tu dapat lah footage entiti ghaib yang menggangu tersebut.

Tapi, baru-baru ni, seorang lelaki yang bertugas sebagai petugas penyelenggaraan penghawa dingin di Hospital Kuala Lumpur telah berkongsi sebuah video berdurasi 50 saat yang dipercayai terakam gangguan makhuk halus.

Aku kerja sebagai maintenance aircond dekat HKL, biasanya kerja bertiga tapi harini yang keempat nak ikut teman”

Alamak siapa pula yang ke empat tu?

Kejadian mistik ini bermula ketika individu yang dikenali sebagai @_nasrulzainal dan dua orang lagi rakanya hendak membuka sebuah pintu sebelum pintu di bahagian belakang mereka iaitu bilik air handling unit (AHU) terbuka secara sendirinya.

Pintu 1
Sumber: twitter

 

Pintu 2
Sumber: twitter

Pada mulanya, Nasrul dan rakan-rakan hanya ingat bahawa ada individu lain yang ingin prank mereka.

Namun setelah salah seorang dari mereka masuk sambil merakam video ke dalam bilik AHU itu, dia mendapati tidak ada sesiapa dalam bilik tersebut.

Jadi siapa yang buka pintu?

Ramai netizen yang mengatakan bahawa pintu tersebut terbuka adalah disebabkan oleh tekanan angin yang berlaku setelah mereka membuka pintu seperti di awal video. Hurm betul juga.

Ap 2
Sumber: twitter

 

Ap1
Sumber: twitter

 

Ap3
Sumber: twitter

Bagi mengelakkan dirinya daripada dituduh sebagai menipu, Nasrul juga ada memuat naik beberapa keping gambar yang di percayai ada kelibat makhluk halus dari dalam bilik AHU itu.

Tambahnya lagi, belum sempat rakanya membuka pintu yang mereka hendak buka, tapi pintu di bilik AHU itu terlebih dahulu terbuka secara sendiri.

Alamak, misteri jugak kisah dia ni. Tapi memang berani betul bila dia lari masuk dalam bilik AHU nak cari sapa yang buka pintu tu. Ishh.

 

Baca: “Nampak sangat ada orang dalam tu” – Video Rakaman ‘Hantu’ Lelaki Ini Kena Kecam Dengan Netizen Sebab…

Fke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.