in

Tebing Sungai Runtuh, Pembinaan Loji Rawatan Air Dihentikan Serta-merta

Tebing Sungai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tebing sungai berdekatan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) telah runtuh sehingga menyebabkan limpahan air memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek

Kejadian yang berlaku di Taman Mas, Puchong, Selangor semalam itu walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pekerja pembinaan mahupun orang awam.


Memetik laporan Berita Harian, Gamuda Berhad selaku pemaju telah mengeluarkan arahan untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

“Keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar”

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat juga mengarahkan pemaju untuk memberhentikan pembinaan loji rawatan air berkuat kuat serta merta.

Artikel berkaitan: Jambatan Slim River – Behrang Ulu Runtuh Akibat Kejadian Kepala Air Dan Empangan Pecah

Artikel berkaitan: 100+ Puncak Ditawan, 33 Hari Dalam Hutan, Trek Hancur Lepas Tanah Runtuh | Potpetcast TTV4

Detik-detik runtuhnya tebing sungai hingga melimpah ke kawasan pembinaan boleh ditonton di bawah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.