in

Taufik Hidayat Dedah Pernah Disogok Untuk Kalah Badminton, Chong Wei Enggan Dedah Siapa Individu Itu

Taufik Hidayat Dedah Disogok Wang Kalah Badminton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taufik Hidayat, jaguh badminton dari Indonesia telah membuat pendedahan yang mengejutkan semalam apabila dia membuka cerita terdapat dakwaan cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia.


Menurut Malaysiakini, Taufik mendedahkan hal tersebut dalam satu wawancara di stesen TV Indonesia baru-baru ini.

Taufik

Menerusi temubual tersebut, Taufik mendakwa dia telah ditawarkan 400 juta rupiah (RM117,000) oleh seorang ‘pegawai pasukan Malaysia’ untuk kalah dalam pertandingan separuh akhir Sukan Asia Doha 2006.

Jumlah wang itu juga katanya dua kali ganda dari hadiah yang dijanjikan kerajaan Indonesia sekiranya dia memenangi pertandingan berkenaan.

 

Chong Wei terkejut terus hubungi Taufik 

Terkejut mendapat tahu mengenai berita itu, Lee Chong Wei memberitahu yang dia pantas menghubungi Taufik untuk bertanyakan tentang hal tersebut.

Sejujurnya, saya tidak tahu mengenai perkara ini. Saya terkejut ketika orang mula menghubungi saya hari ini.

“Taufik adalah kawan saya, jadi saya segera menghubungi dia. Dia memberitahu saya apa yang telah berlaku.

“Syukurlah bagi orang-orang seperti Taufik dan saya, maruah negara sentiasa diutamakan,” katanya.

1268061

Chong Wei walau bagaimanapun tidak berhasrat untuk menamakan individu terbabit yang didakwa cuba mempengaruhi perlawanannya dan Taufik.

“Saya percaya kita semua harus ke hadapan. Saya tidak mahu menamakan atau memalukan sesiapa,” katanya lagi.

Menurut laporan akhbar News Straits Times, pegawai tersebut dipercayai bekas pemain pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, beberapa individu juga ada menasihatkan Chong Wei untuk melaporkan isu rasuah melibatkan dirinya kepada SPRM.

Percubaan untuk pengaruhi perlawanan itu gagal dan Taufik telah merangkul pingat emas pada Sukan Asia Doha 2006 setelah mengalahkan Chong Wei di separuh akhir dan Lin Dan di final.

Haish macam-macam ye. Nasib baiklah Chong Wei dan Taufik tak terlibat. 

Baca: Olimpik Tokyo: Aaron Chia & Wooi Yik Kalahkan Beregu Badminton No 1 Dunia, Mara Ke Separuh Akhir

Badminton Story

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.