in

“Tarzan perempuan” – Dakwa Dibesarkan Oleh Monyet Sejak Umur 4 Tahun, Ini Kisah Marina Chapman

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Marina Chapman mendakwa, ketika dia berusia empat tahun, dia telah ditinggalkan di sebuah hutan hujan di Colombia di mana satu keluarga monyet Capuchin telah mengambil dia menjadi anak angkat dan mengajar cara untuk teruskan hidup.


Kisah Marina dibesarkan oleh keluarga monyet ini telah menjadikannya wanita yang popular namun begitu, ada beberapa dakwaan mengatakan bahawa perkara ini hanyalah palsu.

Artikel berkaitan: Ini Bagaimana 4 Kanak-kanak Mampu Survive Selepas Pesawat Terhempas Di Hutan Amazon

Artikel berkaitan: Elizabeth Shoaf: Kisah Remaja 14 Tahun Larikan Diri Dari Penculik Lepas 10 Hari Dikurung Dalam ‘Bunker’

Bagaimana Marina Chapman dibesarkan oleh monyet

Marina Chapman 768X704 1

Salah satu memori terawal yang diingati oleh Marina merupakan perasaannya apabila sekumpulan lelaki telah menangkapnya dari belakang dan menekap mulutnya menggunakan kain putih sebelum dia tak sedarkan diri.

Dia kemudiannya telah tersedar apabila dia menaiki satu trak yang membawanya jauh ke dalam hutan hujan di Colombia di mana sekumpulan lelaki telah memaksanya untuk keluar dari kenderaan tersebut dan meninggalkannya di sana seorang diri.

Kemudian, sejak dari itu sehingga usianya 10 tahun, Marina mendakwa dia telah tinggal di dalam hutan tanpa sentuhan manusia dan telah dibesarkan oleh satu keluarga besar monyet jenis Capuchin.

Marina kemudian mengatakan, dia telah cuba untuk hidup dengan mengambil sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh monyet-monyet tersebut. Tapi dia kemudiannya sedar bahawa dia perlu mengikut monyet-monyet ini bagi mendapatkan makanan sebenar.

Keluarga monyet ini telah mengajar Marina cara untuk memanjat pokok, membuka kacang dan berjalan dengan menggunakan tangan dan kaki. Marina juga mendakwa bahawa dia turut belajar cara untuk membuat tempat tidur di dahan pokok untuk tidur. Malah, katanya salah satu monyet turut menyelamatkan dirinya ketika dia sakit perut.

Dia telah menggenggam tangan saya dengan kuat dan menggoncang saya serta menolak saya seperti menyuruh saya untuk mengikutnya. Kemudian, dia telah membawa saya ke satu anak sungai berlumpur dan memaksa saya untuk minum air tersebut sehingga muntah. Tak lama kemudian, saya baik dari sakit perut.”

Sejak dari itu, dia telah memanggil monyet tersebut sebagai “atuk” dan dia mula diterima di dalam kumpulan tersebut dan mereka mula mengajar Marina dan berkongsi makanan.

Marina mengatakan, tak lama kemudian dia dah tak tahu cara nak berkomunikasi seperti manusia dan belajar untuk berkomunikasi seperti monyet dengan menggunakan pergerakan. Dia telah berjaya hidup di hutan tersebut dengan memerhati serta belajar dari monyet-monyet tersebut sebelum mempunyai keyakinan untuk mendekati sekumpulan pemburu.

Marina telah dibawa keluar dari hutan tersebut namun malangnya dia telah dijual di sebuah rumah pelacuran di Cúcuta. Selepas berjaya melepaskan diri dari rumah pelacuran, dia telah dijadikan hamba di rumah satu keluarga mafia sebelum berkeliaran seorang diri di jalanan sehinggalah dia betul-betul diselamatkan.

Marina Chapman Young 768X876 1

Ketika Marina menginjak remaja, seorang jiran telah mengambilnya menjadi anak angkat dan berpindah ke Yorkshire, England dan telah tinggal di sana sehingga hari ini, berkahwin dan mempunyai keluarganya sendiri.

Kontroversi buku ‘The Girl with No Name’

Pada tahun 2013, Marina Chapman telah mengeluarkan buku tentang kisah hidupnya semasa di hutan tersebut bertajuk, The Girl with No Name: The Incredible Story of a Child Raised by Monkeys. Buku tersebut telah ditulis sendiri oleh Marina dan anak perempuannya Vanessa James. Tapi sejak itu, pakar telah menyoal banyak perkara mengenai cerita wanita ini.

Ahli primatologi mengatakan, beberapa dakwaan yang dibuat oleh Marina tentang monyet-monyet yang memelihara dia itu tak ada asasnya dalam dunia realiti. Sebagai contoh, Marina mendakwa bahawa monyet Capuchin telah membina sarang dan tempat tidur di dalam pokok, tapi kajian yang dijalankan selama berjam-jam membuktikan bahawa Capuchin tidak melakukan perkara ini.

Tak cukup dengan itu, saintis mengatakan, di usia lima tahun, Marina mempunya saiz fizikal dua kali lebih besar dari monyet Capuchin dan akan dilihat sebagai pemangsa berbanding kawan. Tapi Marina ada penjelasan untuk perkara ini.

Haiwan mempunyai naluri, mereka tahu bahawa kanak-kanak tak akan mencederakan mereka. Mereka hanya akan merenung dan bila dia nampak kita di situ untuk masa yang lama dan tak buat apa-apa, mereka jadi terbiasa.”

Mungkin disebabkan banyak perkara yang memerlukan pembaca untuk percaya dengan ceritanya, buku Marina Chapman ini telah ditolak beberapa kali sebelum seorang penerbit besar bersetuju untuk mengeluarkan bukunya.

Namun begitu, pakar masih percaya bahawa Marina telah mencipta kisahnya sendiri tapi Marina tetap berani menghadapi mereka dan mengakui bahawa tajuk buku tersebut mungkin agak tersasar kerana dia telah belajar untuk hidup dari melihat kelakuan monyet dan bukan dibesarkan oleh monyet.

Betul ke cerita Marina Chapman ni?

The Girl With No Name 768X475 1

Marina Chapman tak ingat tentang kronologi yang berlaku ketika zaman kanak-kanaknya. Memori pertamanya adalah penculikan dan banyak benda yang berlaku selepas itu tak dapat diingati. Kemudian, apa yang berlaku juga telah bercampur dengan banyak perkara yang tak menarik berlaku ketika tinggal di dalam hutan.

Pada tahun 2007, Marina dan anaknya Vanessa telah pergi ke Colombia untuk cuba mengembalikan memorinya, namun tak berjaya. Jadi, untuk menulis buku ini, Marina dan Vanessa telah gabungkan kisah yang diceritakan sepanjang hidup kepada anaknya bagi mendapatkan satu naratif yang mewujudkan campuran kehidupan di hutan dan cara untuk terus hidup di sana.

Walaupun Marina percaya bahawa “atuk” cuba untuk menolongnya, seorang pakar biologi sejarah manusia, Katherine MacKinnon percaya bahawa monyet tersebut cuba untuk melemaskannya. Selain itu, dia juga turut menyoal kebolehan kanak-kanak berusia lima tahun seperti Marina untuk terus hidup di hutan tanpa apa-apa pengetahuan mengenainya.

Namun begitu, kisah Marina masih diceritakan sehingga hari ini dan Marina serta Vanessa sikit pun tak terganggu dengan kritikan yang diterima mereka.

Kami tak cuba nak buktikan apa-apa, kami hanya ceritakan kisah keluarga kami.”

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.