in

“Tart-de-Otak betul!” – [VIDEO] Lepas Langgar Terus ‘Blah’, Pemandu Kereta Dikecam Netizen

Pemandu Blah Lepas Accident

Menjelang Aidilfitri dalam beberapa hari lagi ini, korang yang menggunakan jalan raya tak kiralah untuk balik kampung ke, keluar bershopping ke, atau nak ke tempat kerja tu berhati-hatilah semasa memandu.

Baru-baru ini tular satu video di Twitter yang memaparkan satu kemalangan ngeri yang berlaku antara sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Alza.

Menerusi video itu dapat dilihat pemandu kereta Alza ingin membelok masuk ke sebuah lorong namun tidak memberikan sebarang signal.

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1519872770405912577

Pun begitu, belum sempat kenderaan itu masuk ke lorong sebelah, sebuah motor datang dari tengah dalam keadaan laju telah melanggar kenderaan tersebut. Penunggang tersebut kemudian dilihat terpelanting ke depan. Aduhai! 

“Memang dua-dua salah, masalahnya dah langgar kenapa tak boleh berhenti?” 

Walau bagaimanapun, yang menimbulkan kemarahan netizen sekarang ialah tindakan pemandu kereta tersebut yang melarikan diri sebaik sahaja kemalangan itu berlaku.

Dapat dilihat menerusi sebuah lagi rakaman, pemandu kereta Alza itu tidak turun pun dari kenderaannya dan bertindak meninggalkan lokasi kejadian seperti tiada apa yang berlaku.

https://twitter.com/dylawok/status/1519862310659305472

Menurut netizen, meskipun kedua-dua pihak salah kerana pemandu kereta yang tidak mengenakan signal dan penunggang motor yang terlalu laju, namun ini tidak bermakna pemandu kereta berkenaan boleh meninggalkan lokasi kemalangan dengan begitu saja.

Langgar Lari

Aish risau min tengok kemalangan macam ni… harap janganlah yang main lepas tangan. Lepas jadi accident terus lari. Harap penunggang motosikal tu tak adalah cedera parah.

Baca: “Baru keluar kedai terus accident” – Pemilik Kereta Ferrari 488 Terlibat Kemalangan, Hanya Sempat Pandu 3km

Ferrari

Sumber: Twitter