in

“Tapi kalau tak korek gatal pulak telinga” – Doktor Dedahkan Bahaya Korek Telinga Guna Cotton Bud

Feature 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita yang gemar korek telinga dengan menggunakan cotton bud kan. Puas gila kalau boleh korek telinga lebih-lebih lagi bila tengah gatal semacam kan. 

Namun, jangan nak seronok sangat korek guna putik kapas tu. Kali ini, menerusi Twitter, Doktor Wanie Wahab telah sekali lagi menasihati orang ramai agar mengelakkan penggunaan cotton bud sebab kapas tersebut boleh tertinggal dalam telinga. Ngeri weh!


Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahaya benda kecil ini tapi tak salah kalau kita saling mengingati antara satu sama lain. Kan mencegah itu lebih baik daripada mengubati. 

Cotton Bud 3

Menurut doktor ini juga, perkara ini harus diingatkan lagi kerana beliau telah menerima ramai pesakit yang mengalami masalah tertinggal kapas cotton bud dalam telinga terutamanya ketika musim PKP ini.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan tahi telinga makin ke dalam dan juga boleh mencederakan gegendang telinga. Bahayanya!

Kalau masih nak guna benda alah ini boleh, namun hanya disarankan jika mahu membersihkan kawasan cuping telinga sahaja.

Korang dengar sendiri lah penjelasan doktor tentang penggunaan cotton bud ni.

Sekarang admin tak nak guna dah cotton bud. Seram sejuk pulak telinga ni. 

 

Baca: “Sikit lagi boleh mati” – Gara-gara Kerap Korek Telinga, Wanita Hampir Maut Sebab Terkena ‘Infection’ Di Otak 

Cotton Bud 2

Sumber: Remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.