in

Tangan Menggeletar, Lelaki Ini Kongsi Rakaman Saat Diserang Anxiety Attack

Untitled collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anxiety attack merupakan satu penyakit di mana penghidapnya mengalami kebimbangan melampau dan kerap diganggu keresahan berlebihan.

Resah dan bimbang pada waktu-waktu tertentu mungkin turut dialami orang biasa, namun sekiranya anda berterusan diganggu keresehan meskipun untuk perkara-perkara remeh — ia akan mendatangkan masalah lain, seperti membuatkan kita sukar tidur sekali gus menjejaskan tahap kesihatan kita.


Seorang pengguna Twitter, @luqman_hkm93 ada berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya itu sewaktu sedang bersiar-siar di Songhkla, Thailand.

anxiety

Perkongsiannya itu turut membuatkan ramai pengguna lain bimbang mengenai keselamatan dirinya, tapi mujur dia dah standby ubat siap-siap.

Luqman turut memuatnaik satu posting lama, menunjukkan satu rakaman lama ketika dia sedang diserang penyakit tersebut — sambil berkata, ramai yang menganggap penyakit tersebut sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian ramai namun hakikat beban sebenarnya hanya ditanggung oleh orang yang menghidapnya sendiri.

Kalau korang nak tengok video tu, boleh klik kat sini.

luqman

luqman2

Selain itu, ramai netizen turut berkongsi masalah sama yang dialami mereka dan sedang berjuang untuk melawan penyakit tersebut.

So guys, anxiety attack bukan satu perkara yang boleh kita pandang remeh ye dan kalau ada di antara korang yang mengalami simptom-simptomnya — please seek help sepantas mungkin okay sebelum ia menjadi lebih kronik.

 

Baca: “Sampai satu masa, dia nak bunuh diri” – Wanita Dedah Kisah Adik Depression Sampai Kena Tahan Di Wad Mental

Untitled collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.