in

Tan Sri Annuar Musa Umum Parking Di Bahu Jalan Percuma Sekitar KL Hingga 31 Ogos.

fi am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulai esok, pemandu kenderaan akan dikecualikan daripada membayar parkir di tempat letak kereta di bahu jalan sekitar Kuala Lumpur sehingga 31 Ogos.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di laman Twitternya.


Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu juga, ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu warga kota melakukan penjimatan dan wang tersebut boleh digunakan membeli barangan keperluan untuk keluarga.

“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31hb Ogos,semua tempat letak kereta bahu jalan(Road side parking)dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur adalah PERCUMA.

“Pengguna tidak perlu bayar apa apa dan di harap penjimatan itu dapat di gunakan utk membeli barang keperluan keluarga.” tulisnya.

Jangan lupa pakai double mask bila keluar nak beli barangan keperluan tu ya, patuhi SOP. Kita boleh!

 

Baca : “Atau lebih awal lagi” – KL & Putrajaya Bakal Jadi Dua Negeri Pertama Capai ‘Herd Immunity’ Pada Awal Ogos

foot am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.