in

“Atau lebih awal lagi” – KL & Putrajaya Bakal Jadi Dua Negeri Pertama Capai ‘Herd Immunity’ Pada Awal Ogos

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 13 Jun lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal mencapai imuniti kelompok pada bulan Ogos tahun ini.


Menurut Berita Harian, jangkaan ini dibuat selepas lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan program vaksin yang dibangunkan sejak akhir-akhir ini.

Seperti yang dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, saya jangka Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) akan mencapai ‘herd immunity’ lebih awal dari tempat lain kerana banyak PPV Mega dan program lain lagi.

Ea11

“Ia mungkin pada Ogos atau lebih awal dari itu… Alhamdullilah.”

Untuk memastikan lebih ramai lagi orang mendapat vaksin, PPV bergerak juga akan turut diperbanyakkan di seluruh negara di masa akan datang.

Kita akan tambah PPV mobil ini supaya orang tidak payah keluar, turun rumah sahaja terus dapatkan suntikan.

“Mereka yang tak mendaftar juga akan terus dilakukan di sini, nama mereka terus masuk sistem.”

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa mengatakan yang CITF telah pun bersetuju untuk mempercepatkan pemberian vaksin di Kuala Lumpur bagi mengekang kes harian yang semakin tinggi di wilayah itu.

Jadi, dengan kadar suntikan harian yang mula mencecah 30,000 sehari, seramai 80% penduduk di Kuala Lumpur akan menerima vaksin Covid-19 menjelah 31 Ogos depan sekaligus mencapai imuniti kelompok lebih awal dari sasaran kerajaan.

Alhamdulillah lah kalau cepat macam ni, min tunggu yang Selangor punya ni…

 

Baca: Program Pemberian Vaksin Fasa Empat Bermula 16 Jun, Fokus Kepada Kawasan Industri

Screenshot 2021 06 15 At 1.49.38 Pm

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.