in

“Tambah bentuk mata”- Pengawal Keselamatan Dipecat Gara-gara Conteng Lukisan Di Galeri

F1 3 Figure

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap karya seni yang dihasilkan oleh pelukis sememangnya mempunyai maksudnya yang tersendiri. Kalau tak diamati dengan sepenuh jiwa, orang biasa macam kita mungkin tak akan faham maksud di sebaliknya.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda kisah seorang pengawal keselamatan yang dipecat gara-gara dia menconteng sebuah karya di galeri seni tempat dia bekerja, lapor India.com.


Lelaki tersebut yang berusia 60 tahun itu dikatakan melakukan perkara itu pada hari pertama dirinya bekerja di Pusat Galeri Yeltsin, Rusia.

3 Figure 1

Dia telah menconteng dengan melukiskan mata pada lukisan yang diberi nama “Three Figures” karya Anna Leporskaya sebab wajah tiga orang manusia dalam karya itu memang sengaja dilukis tanpa ada mata, mulut dan hidung.

Difahamkan, vandalisme itu hanya disedari oleh beberapa orang pelawat. Untuk pengetahuan semua, karya itu telah dibuat pada sekitar tahun 1930.

3 Figure 2

Katanya, pengawal keselamatan itu telah melukis mata dengan menggunakan sebatang pen sebab dipercayai dia sedang bosan ketika bertugas.

Ini menyebabkan lukisan yang bernilai £740,000 (lebih kurang RM4 juta) telah rosak. Namun, menurut kurator galeri itu, Anna Reshetkina, motif sebenar lelaki itu masih belum diketahui lagi setakat hari ini.

Kini, pengawal keselamatan itu telah pun diberhentikan kerja.

Kalau ya pun nak jadi kreatif, boleh je lukis atas kertas je dulu kan. 

Sumber: India.com

Baca: “Tak mainlah guna kertas”- Karya Luar Biasa, Wanita Guna Lipas Mati Jadi Kanvas Lukisan 

3 Figure

Sumber: India.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.