in

“Tak mainlah guna kertas” – Karya Luar Biasa, Wanita Guna Lipas Mati Jadi Kanvas Lukisan

F1 Lukisan Lipas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat tak zaman kita sekolah rendah dulu, mesti pernah kena lukis gambar permandangan rumah tepi sawah padi dalam kelas pendidikan seni kan? Time tu rasa macam dah habis cantik la lukisan kita padahal biasa-biasa je rupanya kan.


Walau bagaimanapun, untuk seorang pelukis dari Filipina, nampaknya tak susah baginya untuk buat sebarang jenis karya atas kertas sebab dia dah biasa melukis atas badan lipas yang dah mati!

Lukisan Lipas 2

Memetik laporan Oddity Central, pelukis berusia 30 tahun itu telah menjadi perhatian ramai setelah karyanya di atas lipas mati viral sebab tak pernah dibuat orang lagi guna ‘kanvas’ lukisan macam tu.

Dikenali sebagai Brenda Delgado, pelukis tersebut sering membuat karya versi mini yang diinspirasikan daripada karya seni klasik  atau watak superhero seperti Spiderman.

Difahamkan, dia mula dapat ilham untuk jadikan badan lipas yang telah mati sebagai kanvas pengganti kertas setelah dia menemui lipas ketika membersihkan ruang kerjanya.

Katanya, dia baru perasan bahawa sayap lipas agak licin dan dia berpendapat mungkin bangkai haiwan itu boleh dijadikan sebagai kanvas lukisan.

Lukisan Lipas 3

Namun, segelintir netizen tetap mengecam tindakannya melukis di atas badan lipas mati sebab ada yang berpendapat ia seperti penderaan haiwan.

Dalam masa yang sama, Brenda mengatakan dia tidak membunuh lipas yang akan digunakan, sebaliknya hanya guna lipas yang telah ditemui mati di mana-mana tempat.

Jangan takut untuk cuba benda baru dan cabar diri anda untuk buat perkara yang anda rasakan mustahil,” nasihatnya kepada pelukis-pelukis lain di luar sana.

Rasanya idea pelukis ni memang original dan kreatif, cuma tu lah dia tak takut ke kalau-kalau ada bakteria atau kuman dekat badan lipas tu? 

Sumber: Oddity Central, Facebook Brenda Delgado

Baca: “Siap masuk oxygen chamber”- Lelaki Bawa Lipas Ke Klinik Haiwan Lepas Terpijak Secara Tak Sengaja

Lukisan Lipas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.