in

“Talak pertama 11 Jun lalu” – Faisal Halim, Isteri Sah Cerai Talak 2

ft faisal halim sah cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang bola sepak terkenal, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada hari ini.

Peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader telah mengesahkan bahawa terdapat dua kali lafaz cerai yang dilakukan oleh pemain sayap Selangor FC itu.


Artikel berkaitan : “Jangan tukar kelab lain” – Faisal Halim Muat Naik Gambar Hitam Putih Buat Netizen Risau

Artikel berkaitan : “Forgive & forget, macam baru kahwin semalam” – Faisal Halim & Isteri Dah Berdamai?

Dah 2 kali lafaz cerai

“Mahkamah sahkan mereka jatuh talak dua selepas berlaku dua kali penceraian. Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, namun pada hari sama, mereka rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah.”

“Kemudian berlaku lafaz talak kedua pada 10 November baru-baru ini, itu juga mahkamah sudah sahkan dan ketika ini, Syazwani sedang menjalani tempoh idah sehingga 10 Januari depan.”

Screenshot 2025 11 28 172905

Dalam pada itu, Akberdin menerusi mStar turut mengatakan bahawa dia dan peguam yang mewakili Syazwani kini sedang berbincang mengenai urusan tuntutan hak jagaan anak dan harta sepencarian.

“Isu-isu lain selepas bercerai akan dibincangkan kemudia dan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk direkodkan. Setakat ini, saya sudah menyerahkan cadangan penyelesaian dalam bentuk tulisan berkenaan hak jagaan anak dan harta sepencarian kepada peguam Syazwani.”

“Saya dimaklumkan peguamnya akan meneliti terlebih dahulu sebelum masing-masing mencapai kata sepakat. Saya difahamkan mereka menyambut baik cadangan yang kami berikan.”

Screenshot 2025 11 28 173337

Pada 2 September lalu, Syazwani telah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syarikah Klang, Selangor selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun selepas 10 hari, dikatakan hubungan mereka kembali pulih selepas Faisal ada memuat naik foto bahagia mereka berdua, dia mana ia memberikan gambaran seperti mereka sudah kembali bersama.

Syazwani turut kongsikan semula foto berkenaan dengan menzahirkan rasa syukur dan menyatakan mereka seolah-olah seperti baru sahaja berkahwin.

Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikuniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Khalish Aryan.

Sumber : mStar Online

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.