Trauma sebab selalu jadi mangsa keganasan domestik, seorang ibu dari Ohio Britanny Pilkington, 27 tergamak membunuh ketiga-tiga orang anak lelakinya yang yang berumur 4 tahun dan 3 bulan, Gavi, Niall & Noah pada Julai 2014 dan Ogos 2015.
Takut pukul perempuan macam dia kena dengan suami

Ketika disoal polis, katanya dia takut anak-anak dia tu akan membesar dan pukul kaum hawa sepertimana yang dia dah kena.
Dia juga menjelaskan yang dia mengalami kemurungan dan mengaku cemburu kerana suaminya hanya tumpukan perhatian kepada mereka bertiga sahaja tetapi bukan kepada dia dan anak perempuannya yang kini berumur 8 tahun, Hailey.
Kahwin dengan boyfriend ibu lepas didapati hamil anak ‘ayah tiri’

Bukan itu sahaja, suaminya Joseph Pilkington, 47 tahun juga didapati bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seksual terhadap Britanny ketika dia dibawah umur.
Menurut sumber Toofab.com, Joseph ini sebenarnya teman lelaki ibunya, kemudian dia besarkan Britanny sebagai anak tirinya. Joseph pernah mengandungkan Brittany sewaktu umurnya 17 tahun dan terus berkahwin.
Setiap kali dia bunuh anak-anaknya, dia akan tunggu suaminya balik dari kerja untuk mencari anak mereka.
Saat dia nak bunuh anaknya itu, dia akan tutup muka mereka dengan selimut supaya dia tak tengok muka mereka, kata Britanny.
Niall mati dahulu pada bulan Julai 2014. Kematian itu tidak disiasat, namun siasatan terhadap jenayah ini tidak dilakukan setelah Gavin pula mati pada April 2015. Tak sampai semingu Noah pula dibunuh.
Pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan bunuh dan satu pembunuhan tanpa sengaja itu membuatkan Britanny dijatuhkan hukuman mati.
Jadi mangsa keganasan sejak dari kecil

Bagaimanapun peguambela Kort W. Gatterdam menegaskan bahawa dia mempunyai tekanan hebat, kerana jadi mangsa keganasan seksual dan dipukul semasa dia kanak-kanak, dia juga mengalami lead poisoning iaitu masalah pada otak kirinya yang rosak.
Tegasnya lagi, ketika dia merana menjadi mangsa keganasan itu, tiada siapa yang datang nak tolong.
Disebabkan itu, dia dipenjarakan seumur hidup, kata pihak mahkamah, Britanny tidak layak menerima parol selama 37 tahun pertama kerana bimbang dia akan melakukan jenayah itu semula.
Bila baca kisah dia ni sebenarnya kesian pun ada, tapi salah tetap salah, haih…