in ,

“Takut nak beli barang online lepasni” – [VIDEO] Pekerja Penghantar Barang Ludah Bungkusan Pelanggan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan rakyat mula berwaspada dan ambil langkah untuk duduk diam di dalam rumah. Disebabkan isu ini platform jualan atas talian semakin popular dalam kalangan pengguna bagi membeli barang keperluan seperti beras, tisu tandas, lampin dan lain-lain.

Walaupun ianya nampak selamat, adakah barang itu bersih? Sudahkah barang itu di sanitize?

Ini kisah yang berlaku di luar negara apabila seorang pelanggan Amazon telah memuat naik satu video perbuatan penghantar barang mereka yang bertindak meludah ke atas satu pakej bungkusan.

Pakej bungkusan tersebut di hantar ke sebuah kediaman di Los Angeles.

Rakaman CCTV yang dimuatnaik itu menjadi viral di media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen terhadap penghantar barang tersebut kerana melakukan perbuatan itu di fasa pandemik COVID-19.

Amazon telah mengesahkan di dalam portal The Independant bahawa perkerja tersebut telah di pecat dan tidak lagi berkerja sebagai penghantar pakej mereka.

Perlakuan ini jelas tidak melambangkan pemandu dan penghantar Amazon, ini bukan etika penjagaan yang sepatutnya dilakukan ke atas pelanggan di seluruh dunia,” kata seorang jurucakap Amazon.

 

Sebagai pelanggan pembelian atas talian, kita di galakkan untuk melakukan pemeriksaan barang yang telah dibeli, betul tak?

 

Baca: “Tak lalu nak makan kalau macam ni” – Jijik! Couple Jumpa Mask Yang Dah Pakai Direbus Sekali Dalam Makanan

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter