Seorang wanita didapati melakukan tindakan di luar jangkaan dengan baring secara tiba-tiba di atas jalan raya sambil meracau dan meronta seakan-akan kerasukan. Kejadian dipercayai berlaku di Jakarta, Indonesia yang menarik perhatian orang di sekitar situ kerana tindakan wanita itu cukup merisaukan, lapor Warta Kota.
Wanita yang tidak dikenali oleh penduduk di sekitar itu terus meracau dan menggulingkan dirinya di atas jalan raya. Kesan daripada itu terdapat sedikit luka di bahagian lutut kanan wanita tersebut.
Penduduk di sekitar kawasan itu hanya melihat tindakan wanita itu tanpa menolongnya dengan alasan tidak mengenali dan tidak pernah nampak wanita berkenaan di kawasan tersebut.
“Saya nggak tahu dia dari mana, tiba-tiba sudah begitu”
Seorang lelaki sedar yang wanita itu hampir 10 minit dalam keadaaan seperti itu. Dia juga tengok yang tiada satu orang pun yang pergi menolong wanita berkenaan.
Namun, ada seorang lelaki lain melihat wanita itu bersama dengan sebuah kereta berhenti di bawah jambatan.
“Pertama itu mobilnya sempat berhenti, terus tiba-tiba dia keluar sambil jatuh, nggak lama mobil itu jalan nggak tahu kemana,”
Lelaki itu pada awalnya ingin menolong wanita berkenaan tapi risau takut wanita itu ada virus Covid-19 jadi dia membiarkan sahaja wanita berkenaan.
Hampir 20 minit wanita itu terbaring di atas jalan raya dan akhirnya ada juga individu yang memindahkan wanita berkenaan di tepi jalan raya supaya tidak menganggu laluan kereta.
Tidak lama selepas itu, wanita itu cuba untuk bangun dan bergerak menuju ke tengah jalan tapi malangnya dia terjatuh dan melanggar penunggang motosikal yang sedang berhenti.
Waktu berlalu dan wanita itu masih lagi berada di tempat kejadian dan mengambil keputusan untuk duduk berdekatan dengan jambatan di kawasan berkenaan.
Sehingga kini, apa penyebab wanita itu bertindak sedemikian masih belum dikenalpasti.
Baca : “Nak gurau tak kena tempat”- 4 Remaja Ditahan ‘Prank’ Petugas Kesihatan. Mengaku Positif Covid-19