in

“Nak gurau tak kena tempat” – 4 Remaja Ditahan Selepas ‘Prank’ Petugas Kesihatan, Mengaku Positif Covid-19

Untitled Design 4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Virus Covid-19 ini bukanlah sesuatu perkara yang kita boleh buat main-main, semua negara masih usaha dalam memutuskan rantaian virus ini dengan memandang serius pada mereka yang terkena jangkitan.

Namun, masih ada manusia yang jadikan virus ini sebagai bahan gurauannya. Dikatakan bukan pada rakannya tetapi pada pegawai keselamatan! Orang tengah dalam masalah besar, kau nak ajak bergurau pulak.


Seramai empat remaja telah ditahan di Bone, Sulawesi, Indonesia kerana melakukan ‘prank’ pada petugas perubatan di hospital dengan cara berpura-pura dijangkiti Covid-19, lapor Kompas TV.

Capture 20200515 161926 Crop

Menerusi laporan, salah seorang daripada 4 remaja itu telah berlakon kononnya sudah dijangkiti Covid-19 dan terus dibawa ke Hospital Awam Tenriawaru Watampone.

Selepas menerima laporan, pihak petugas di hospital tersebut bertindak dengan pantas untuk membantu mereka mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketika seorang remaja itu dibawa untuk menjalani pemeriksaan, barulah mereka mengaku semua yang dorang buat tu hanya ‘prank’ semata-mata.

Giphy

Pihak hospital mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dan mereka telah pun diberi hukuman oleh pegawai berkenaan.

Walau bagaimanapun , 4 remaja ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Indonesia. Salah seorang dari mereka juga mengaku sebenarnya mereka lakukan ‘prank’ dalam keadaan tidak sedarkan diri sebab mabuk.

Video permohonan maaf tersebut dimuat naik oleh akaun Instagram lambe_turah.

Tolonglah, sekarang para medik tengah usaha dalam menangani wabak ni. Kesian mereka tau, jom kita doakan semoga para medik seluruh negara di beri perlindungan.

 

Baca: “Tega banget” – [VIDEO] Youtuber Indonesia Prank Bagi Makanan Berbuka Berisi Sampah dan Batu Demi Content

Annotation 2020 05 15 165746

 

Sumber: Kompas TV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.