in

“Takut ia jadi fitnah” – Cicit Tok Kenali Bidas Perbuatan Kumpulan Berzikir ‘Luar Biasa’ Di Makam

Tok Kenali

Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad merupakan tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya di Kelantan.

Baru-baru ini, tular sebuah video pendek yang memaparkan aksi kumpulan beberapa orang lelaki yang berzikir dengan cara yang berlebihan dan agak berbeza sambil mengelilingi makam Tok Kenali yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Video yang menimbulkan pelbagai pertanyaan itu menjadi tular dan rata-rata merasakan ianya sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Cicit kepada Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi menerusi laman TikTok miliknya menjelaskan ritual yang dilakukan sekumpulan lelaki itu bukanlah ajaran ulama tersebut.

@pondoktokkenaliofficial

Fitnah akhir zaman, isu viral di makam Tok Kenali baru-baru ini dan penjelasan oleh Ustaz Hafiz Hukmi, Pengerusi Pondok Tok Kenali (Cicit Tok Kenali) UHAK viral #pondoktokkenali

♬ original sound – Pondok Tok Kenali – Pondok Tok Kenali

Beliau yang merupakan pengerusi Pondok Tok Kenali itu turut berkata perkara tersebut juga tidak mempunyai kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuklah kerajaan negeri Kelantan.

“Saya mendapat maklum daripada orang yang merakam video itu mengatakan dia tidak mengetahui kumpulan itu datang dari mana. Cuma kalau tengok van…katanya van itu plat pendaftaran dari Thailand…jadi wallahualam daripada mana.

Kubur Tok Kenali ni, dia sentiasa terbuka untuk siapa-siapa sahaja… 24 jam sentiasa terbuka.

Tengah malam pun ada yang datang, jadi muslimin dan muslimat segala amalan yang dibuat dalam video tadi tidak ada kena mengena langsung dengan ajaran Tok Kenali, dengan pondok Tok Kenali pun tak ada, dengan kerajaan negeri pun tak ada,” katanya.

Beliau turut bercakap sebagai wakil keluarga Tok Kenali, menasihatkan orang ramai yang mahu mengunjungi kubur ulama terkenal itu supaya menjaga adab dan akhlak ketika berada di kawasan itu.

Selain itu, beliau turut berkata untuk mengelakkan perkara sebegini kerana ia menimbulkan fitnah kepada masyarakat.

Baca: 150 Pengikut Ajaran Sesat Si Hulk ‘Lari’ Ke New Zealand, Mohon Perlindungan Suaka

Si Hulk New Zealand