Gara-gara membuat laporan polis palsu, Pejabat Polis Daerah Sukabumi menahan seorang lelaki bernama ‘DR’ yang mendakwa dirinya telah disamun dalam satu kejadian.
Ketua Polis Sukabumi, Maruly Pardede berkata, pihak polis menerima laporan daripada lelaki tersebut yang mendakwa dia telah disamun di Lengkong. Hasil pemeriksaan polis mendapati tiada kejadian rompakan yang berlaku di situ seperti yang dilaporkan.
Terdahulu, DR berkata pada ketika itu dia sedang melalui kawasan tersebut sebelum disamun oleh individu tidak dikenali. Untuk menguatkan lagi dakwaannya, DR telah memuat naik kronologi kejadian tersebut di media sosial miliknya.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati DR hanyalah berbohong dan sebenarnya memalsukan cerita tersebut. Semuanya gara-gara dia takut dimarahi isteri kerana dia menghabiskan wang milik isterinya sebanyak Rp10 juta (RM2,977).
“Pegawai penyiasat sudah memeriksa lokasi kejadian. Tetapi tiada sebarang bukti ditemui dan kejadian samun itu hanyalah rekaan semata-mata,” katanya kepada sumber.
Untuk rekod, DR kini berdepan dengan tindakan undang-undang kerana membuat laporan palsu. Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 365 hari.
Kredit: LingkarPena
BACA: Curi Wang Zakat Bernilai RM22k, 4 Lelaki Indonesia Ditahan Polis