“Taktau nak amazed ke meremang…” – [VIDEO] Wanita Main Violin Waktu Doktor Tengah Bedah Otak Buang Ketumbuhan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Viral satu video menunjukkan seorang wanita bermain violin ketika beberapa doktor sedang membedah otaknya untuk membuang ketumbuhan. Menurut CNN, Dagmar Turner berusia 53 tahun merupakan seorang pemain violin profesional dan disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian kanan ‘frontal lobe’.

Difahamkan, ketumbuhan itu terletak pada bahagian yang merangsang pergerakan tangan kirinya bermaksud ianya sangat penting buat Dagmar sebagai pemain violin. Menurut doktor juga, jarak di antara ketumbuhan itu dan bahagian tersebut adalah senipis sekeping kad kredit.

Jadi, pakar bedah saraf Doktor Keyoumars Ashkan dari Hospital King’s College di London mendapat satu penyelesaian kreatif. Doktor Keyoumars mencadangkan agar Dagmar bermain violin ketika mereka melakukan pembedahan otak itu untuk memastikan kebolehannya tidak terganggu atau rosak.

Ini kali pertama saya membedah seorang pesakit yang perlu bermain alat muzik.”

Sebelum pembedahan itu dijalankan, doktor mengambil masa 2 jam untuk mengenal pasti bahagian mana dalam otak Dagmar yang aktif ketika dia bermain violin itu.

Sewaktu pembedahan berjalan, Dagmar dirakam bermain violin sementara doktor sedang membuang ketumbuhan dari otaknya. Idea kreatif Doktor Keyoumars itu berjaya dan mereka telah membuang 90% ketumbuhan tersebut tanpa merosakkan “motor skills” Dagmar.

Violin adalah kegemaran saya. Saya bermain violin sejak usia 10 tahun. Saya tak sanggup hilang kebolehan bermain violin, ianya sangat menyedihkan.”

Tonton video di bawah:

Baca: “Buang tebiat” – Lelaki Celup Testicles Dalam Kicap Nak Buktikan Bahagian Tu Ada Deria Rasa

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!