in

“Jumpa 100 jongkong emas” – Kes Pukul Bodyguard: Terbongkar Rupanya Majikan Terlibat Judi Online & Jadi Ah Long

Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial mengenai kes melibatkan dua orang bodyguard yang didakwa telah dibelasah dan diacukan pistol kerana enggan menuruti arahan majikan mereka supaya tidak berpuasa.


Susulan kes tersebut, pihak polis semalam telah berjaya menahan majikan berusia 43 tahun bagi membantu siasatan kes pukul dua pegawai peribadi.

Tapi nampaknya kes tersebut telah membongkar beberapa kegiatan haram yang dilakukan majikan berkenaan susulan serbuan yang dilakukan pihak polis.

Menerusi perkongsian Twitter @redzuanNewsMBP, hasil siasatan polis mendapati suspek disyaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian dan Ah Long. 

Malah hasil serbuan polis di kediaman suspek pula telah menemui 100 buah jongkong emas seberat 100kg dan wang dollar Amerika yang keseluruhannya bernilai RM28.5juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed menunjukkan 100 jongkong emas & matawang USD yang dirampas dari rumah salah…

Posted by Bernama TV on Wednesday, April 14, 2021

Keempat-empat suspek yang ditahan polis ini kini direman lima ke tujuh hari untuk membantu siasatan polis.

Uish dari satu kes ke satu kes, habis terbongkar semua. 

Baca: “Siapa bayar gaji you?” – 2 Bodyguard Dipukul & Diacu Pistol Kerana Berpuasa, Polis Tahan 4 Individu Semalam

Bodyguard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.