in

Tak Tahu Kereta Api Atau Bas Lagi Cepat Sampai? Jom Naik Kenderaan Hybrid Ni

F1 Bas Train

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengangkutan awam yang efisien di Jepun sememangnya telah  menjadikan negara itu terkenal di seantero dunia. Rata-rata rakyat negara matahari terbit juga tak perlu beli kereta pun untuk bergerak ke mana-mana sebab mereka boleh naik public transport je untuk sampai ke destinasi termasuklah ke tempat kerja.


Bukan hanya ada kereta api laju dan bas yang sangat tepat pada waktunya, kali ini Jepun juga ada menawarkan kenderaan hybrid iaitu gabungan bas dan kereta api untuk kegunaan rakyatnya.

青・緑・赤、カラフルなボディカラーが魅力的なDMV。それぞれにパーソナルネームがあるんです!さて、何でしょう?======答え:パーソナルネームはそれぞれ「青:未来への波乗り」「緑:すだちの風」「赤:阿佐海岸維新」です。阿佐海岸鉄道の青、徳島の緑、高知の赤のイメージです。#DMV #阿佐海岸鉄道

Posted by 阿佐海岸鉄道株式会社 on Sunday, October 3, 2021

Menurut Oddity Central, kenderaan yang direka seperti bas dengan dua fungsi itu telah dilancarkan oleh sebuah syarikat pengangkutan iaitu Asa Coast Railway. Difahamkan, kenderaan itu boleh bergerak seperti bas biasa di jalan raya menggunakan tayar namun apabila ia melalui landasan kereta api, ia akan menurunkan tayar besi dari bawah kenderaan itu

Dalam masa yang sama, tayar depan bas juga akan naik sedikit secara automatik ketika ia bertukar menjadi kereta api. Paling mindblown, hanya 15 saat diperlukan untuk kenderaan hybrid ini bertukar dari bas menjadi kereta api!

Bas Train 2

Bas-kereta api ini dijangka akan memberikan manfaat yang baik kepada penduduk di kawasan luar bandar dan buat masa ini, ia hanya boleh dinaiki di pekan kecil seperti di Kaiyo, Jepun sahaja.

Kenderaan dengan dua mod ini boleh membawa penduduk tempatan ke destinasi tujuan sebagai bas dan kereta api dalam masa yang sama,” kata CEO Asa Coast Railway, Shigeki Miura.

Untuk pengetahuan semua juga, kenderaan dual mode atau DMV yang menggunakan minyak diesel ini juga boleh membawa sehingga 21 penumpang dalam satu-satu masa.

【DMV本格営業開始まであと38日】1日1日と営業開始が近づいています!<DMVクイズ⑨>「神社やお寺で拝受する御朱印のように、駅で集める鉄印もある」〇か×か?=====答え:〇です。全国40の駅で集めることができます。阿佐海岸…

Posted by 阿佐海岸鉄道株式会社 on Tuesday, November 16, 2021

Manakala dari segi kelajuan pula, ia boleh mencecah sehingga 100km per jam jika digunakan sebagai bas. Selain itu, kelajuannya sebagai kereta api ialah sehingga 60km per jam.

Kenderaan hybrid bas dan kereta api ini dikatakan merupakan yang pertama di dunia dan ia mula dilancarkan pada Disember lalu di Jepun, lapor South China Morning Post.

Nak tahu macam mana kenderaan ni bergerak? Boleh tengok video YouTube ini.

Hebat betul inovasi orang Jepun. Kalau ada ni jugak dekat Malaysia, mesti kita dah tak lambat sampai tempat kerja lagi kan. 

Sumber: Oddity Central, Facebook Asatetu Ganbaru, YouTube South China Morning Post

Baca: Gara-gara Trend, Kini Ramai Buru Proton Juara Untuk Jadikan Campervan

Bas Train 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.