in

“Sedap sangat ke sampai tak serik?” – Pasar Basah Haiwan Eksotik Wuhan Kini Dibuka Semula!

Collage 74

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kes positif di China, tempat permulaan wabak Covid-19 ini makin menurun, negara-negara lain di seluruh dunia masih berperang untuk menghentikan penularan wabak ini.


Pun begitu, nampaknya negara komunis ini masih tak serik lagi. Mana taknya, menurut FMT, lepas hampir lima bulan dikuarantin di rumah, nampaknya penduduk-penduduk di sana dah tak sabar nak jual dan makan semula haiwan eksotik yang dikatakan punca wabak ini tercetus.

Dikatakan, pasar basah di Wuhan yang menjual haiwan-haiwan eksotik untuk dimakan ini telah pun mula beroperasi sejak 28 Mac lalu selepas China yakin dorang dah bebas sepenuhnya dari virus Covid-19.

Gettyimages 1197116072

Bukan tu je, dorang siap sediakan pegawai keselamatan dekat pasar ni untuk halang orang dari ambil gambar dan tularkan di media sosial.

Bahkan, kelawar yang dikatakan punca wabak coronavirus ini dah dijual sebagai hidangan penduduk di sana dan haiwan lain seperti anjing, kucing, katak dan kala jengking pun dah disediakan untuk disembelih mengikut citarasa pelanggan. Tak serik betul lah dorang ni!

Gettyimages 1200229107 1

Tak cukup dengan itu, kerajaan di sana juga telah membenarkan rakyat dorang untuk melancong ke negara luar mulai April ini sekaligus membuatkan negara-negara lain takut dan menggesa kerajaan untuk menyekat laluan penerbangan China dari memasuki negara.

 

Baca: “Virus itu datang dari tempat lain” – Kajian Terkini Dapati Covid-19 Bukan Berpunca Dari Pasar Haiwan Di Wuhan

Screenshot 2020 03 31 At 1.11.38 Pm

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.