in

“Tak sempat lari jauh” – 5 Banduan Maut Terlanggar Pokok Dalam Cubaan Lari Dari Penjara

Untitled Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sempat nak merasai nikmat bebas, lima banduan sekawan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dalam cubaan untuk melarikan diri dari penjara — terbabas melanggar sebatang pokok.


BBC melaporkan insiden berlaku di Beirut, Lubnan. Kelima-lima banduan itu merupakan sebahagian daripada tahanan yang berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara berhampiran.

Ketika melepaskan diri, enam banduan dikatakan merampas sebuah kenderaan untuk melarikan diri dari kawasan penjara. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas melanggar sebatang pokok.

115592927 Mediaitem115592926

Pihak berkuasa yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lima daripada banduan tersebut maut, manakala seorang yang lain berada dalam keadaan parah.

Difahamkan 69 tahanan telah melarikan diri dari penjara, namun 15 berjaya ditahan dan seorang yang lain dihantar pulang sendiri oleh ibunya ke penjara.

Pihak berkuasa kini sedang melakukan operasi mengesan saki baki tahanan yang masih bebas, dan mengeluarkan waspada amaran kepada penduduk berhampiran.

 

Baca: ‘Prison Break’ Versi China: Banduan Berjaya Lolos Lepas Gali Lubang 30 Meter Guna Pahat & Pemutar Skru

Capture 13 2

Sumber: BBC/Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.